MAKLUMAT PENTING

FACEBOOK RASMI SEKOLAH

Misi Ke Yaman

|

Sana’a, Yaman-28.11.2010: Alhamdulillah, rombongan Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan selamat tiba di Yaman selepas beberapa hari penerbangan dari Malaysia ditangguhkan. Rombongan ini disambut oleh Exco Perhubungan Persatuan Pelajar Malaysia di Yaman (PERMAYA) beserta beberapa orang pelajar Malaysia di Yaman. Rombongan Darul Bayan ini diketuai oleh Ustaz Jamaludin Bin Jusoh, Timbalan Pengerusi Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan, diringi Ustaz Syed Mohd Azwan Bin Syed Yahya, PK1 Sek. Men. Islam Darul Bayan (SMIDB) yang juga merupakan Mantan Presiden PERMAYA.

Misi rombongan ini ke Yaman adalah untuk menghantar 5 orang pelajar Darul Bayan (3 orang pelajar Maahad Tahfiz Darul Bayan, 2 Pelajar Madrasah Darul Bayan lebih dikenali dengan nama Pondok Pinang Merah) melanjutkan pelajaran mereka dalam ilmu Agama Islam disana. Mereka adalah Hassan Abdul Rahman, Mohd Syamil Malek, Wan Mohd Affizal Rukhaini, Mohd Aizad Zulkifli dan Wan Mohd Tholhah. Mereka ini adalah kumpulan kedua yang dihantar ke Yaman pada tahun 2010 ini. Sebelum ini, pada 15 Syawal 1431, 2 orang pelajar Madrasah Darul Bayan telah berangkat ke Yaman iaitu Nasrullah Bin Awang Muda dan Mohd Syamil Bin Che Anuad.

Selain itu, tujuan rombongan ini ke Yaman adalah untuk meninjau keadaan semasa pelajar-pelajar mereka di samping melihat sendiri suasana pembelajaran di sana. Yaman ternyata masih mengekalkan budaya ilmu. Selain dari pelajaran formal di Jamiah yang banyak di Sana’a terutamanya , pembelajaran secara talaqi di masjid-masjid masih subur. Ini memberikan banyak peluang dan ruang secukupnya untuk pelajar mendalami ilmu agama.

Dalam siri rombongan ini, Ustaz Jamaludin dan Ustaz Syed Azwan dijemput memberikan taujihat dan amanat dalam Majlis Khas yang di anjurkan oleh PERMAYA. Rombongan ini juga turut mengunjungi Kedutaan Besar Malaysia di Yaman yang disambut oleh Setiausaha Ketiga, En. Hamdan Bin Abdullah. Rombongan ini juga turut berkesempatan mengunjungi beberapa tempat bersejarah di Yaman seperti Bab Al-Yaman ,Darul Hajr dan Bandar Sana’a yang tidak pernah dijajah walaupun sekali.

Rombongan ini berangkat pulang ke Malaysia pada 9.12.2010 jam 3.25 petang waktu Yaman. Semoga pelajar-pelajar Darul Bayan terutamanya yang melanjutkan pelajaran di sana belajar dengan tekun untuk mendalami ilmu Agama selari dengan moto Darul Bayan Ke Arah Melahirkan Generasi Berilmu, Beriman, Beramal dan Berjihad. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada penderma, penyumbang dan penaja yang membantu pelajar kami melanjutkan pelajaran mereka. Semoga Allah memberikan ganjaran kebaiakan berlipat kali kepada kalian.

Read More !

Pengambilan pelajar Tingkatan 1 Sesi 2011

|


SYARAT KEMASUKAN SEKOLAH MENENGAH ISLAM DARUL BAYAN

Permohonan pelajar baru dibuka selepas keputusan UPSR atau UPSRI dikeluarkan. Bagi pelajar yang memperolehi sekurang-kurangnya UPSR 3A layak untuk memohon. Pelajar juga hendaklah berkemampuan menguasai pembacaan al-Quran serta mampu menulis dan membaca jawi/bahasa Arab. Borang boleh di download* dari laman web rasmi di www.smidarulbayan.blogspot.com  atau di pejabat SMIDB. Borang hendaklah diserah sebelum tarikh tutup dan temuduga akan diadakan bagi memilih pelajar yang berjaya.
Permohonan hendaklah disertakan salinan:-
1. Salinan keputusan UPSR/UPSRI/UPKK.
2. Sijil berhenti sekolah. 
3. Sijil Kelahiran/Surat Beranak/Kad Pengenalan
4. Salinan kad pengenalan Ibu-Bapa/Penjaga.     
Semua pelajar diwajibkan tinggal di asrama dan mengikuti semua program dan aktiviti SMIDB. 
Yuran Persekolahan.
Yuran Pendaftaran:-                         Rm 180.00
Yuran Tahunan:-                               Rm 150.00    
Yuran Bulanan*:-
  1. Tahfiz & Akademik                     Rm 250.00
  2. Akademik/Syariah                     Rm 200.00
  3. Tahfiz Sepenuh Masa                 Rm 180.00

* Bayaran yuran adalah termasuk pengajian, asrama dan makan-minum.

Borang Permohonan SMIDB Klik Di Sini

Read More !

Pengambilan Tahun 1 & Kelas Pra SRIDB

|

Read More !

Kad Raya Darul Bayan

|

*Sila Klik Pada Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas

Read More !

Berbuka Puasa Sambil Menderma

|





Read More !

Selamat Menyambut Ramadhan 1431H

|



Read More !

Sambutan Hari Guru 2010

|

Hari: Khamis
Tarikh: 1 Julai 2010
Masa: 7.30 Malam
Tempat: Dataran Huffaz Darul Bayan

Read More !

Perjumpaan Ibubapa & SMIDB serta Peyerahan Keputusan Exam

|

Hari: Khamis
Tarikh: 1 Julai 2010
Masa: 9.30 Pagi
Tempat: Dewan Seminar Darul Bayan

Read More !

Kem Jejak Huffaz

|

Hari: Khamis-Ahad
Tarikh: 3-6 Jun 2010
Tempat: Rumbia Resort, Paka


Read More !

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

|


Tarikh: 20/5-3/6/2010
Tempat: Sek.Men. Islam Darul Bayan
Setelah berhempas pulas belajar hampir 5 bulan, sekarang telah tiba masanya pelajar sulong SMIDB ini di uji untuk mengukur prestasi mereka. Peperiksaan ini akan berlansung selama 2 minggu dan dimulakan dengan subjek Syariah diikuti dengan subjek Akademik. Selamat Maju Jaya diucapkan kepada adik-adik sekalian



Read More !

Seminar Pendidikan YIK

|

Hari: Khamis & Jumaat
Tarikh: 20&21 Mei 2010
Tempat: Raudhah Hotel, Kota Bharu, Kelantan
Alhamdulillah,seramai 3 orang guru dari SMIDB telah dijemput menghadiri Seminar Pendidikan Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang julung kali di adakan bagi mengumpul kesemua sekolah luar Kelantan yang mengguna pakai Sistem Pendidikan kelolaan YIK. Sebanyak 21 buah sekolah menyertai seminar ini termasuk Sek Men Agama Kg. Laut, K.Terengganu yang merupakan sekolah luar Kelantan yang terbaik bagi tahun 2009. SMIDB diwakili oleh Ustaz Syed Mohd Azwan Syed Yahya selaku PK1 SMIDB dan diiringi oleh Ustaz Aimanuddin Muda dan Cikgu Wan Mohd Tholhah.

Pada hari pertama, 2 modul dibentangkan dan 1 perbincangan 2 hala diadakan. Modul pertama mengenai YIK: Sistem & Hala Tuju yang menerangkan mengenai misi perjuangan YIK di persada pendidikan. Modul kedua pula membentangkan Kecemerlangan Sekolah kelolaan YIK yang cuba dikongsikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan YIK supaya lebih ramai adik Nur Madhihah dapat dilahirkan di setiap sekolah. Pada sessi perbincangan, satu resolusi dan kata sepakat telah dapat diputuskan supaya sekolah-sekolah luar Kelantan dapat bersama-sama dengan YIK menjalinkan kerjasama dalam bidang pendidikan.

Seminar ini juga diserikan juga dengan kehadiran Exco Kerajaan Negeri Kelantan, YB Mohd Amar Nik Abdullah yang meluangkan masa bersama peserta seminar. Pada sebelah malam, sesi penerangan mengenai Kerajaan Negeri Kelantan diadakan di Rumah Menteri Besar, JKR10 oleh Urusetia Penerangan Negeri Kelantan. Kami amat bertuah kerana pada keesokan harinya, selepas mendengar kuliah Mingguan YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, kami dapat bersama-sama mendengar amanat &  nasihat dan minum pagi bersama Tuan Guru.


Read More !

Pengenalan

|

Pengenalan

Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB) adalah sebuah institusi Sekolah Agama Rakyat. Ia di bina hasil sumbangan umat Islam yang perihatin demi kecemerlangan pendidikan Islam.

SMIDB merupakan salah satu rangkaian institusi pendidikan yang bernaung di bawah Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan yang  berpusat di Paka, Terengganu. Ia berhasrat menjadi alternatif kepada masyarakat dalam bidang pendidikan bagi melahirkan generasi muslim berakhlak cemerlang di dunia dan akhirat berlandaskan Al-Quran.

Sejarah Penubuhan

Berpaksikan Masjid Tradisional yang telah berusia lebih 100 tahun di Kampung Pinang Merah, Paka, dibina sebuah pusat pengajian pondok (Pondok Pinang Merah) kelolaan Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan pada 1414H bersamaan 1992M yang terus beroperasi sehingga kini. Seterusnya sebuah Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Bayan (MTAQDB) di wujudkan bagi pengkhususan hafalan Al-Quran pada tahun 1998. Atas permintaan masyarakat setempat, pada tahun 2002, Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB) ditubuhkan di tengah Pekan Paka yang menawarkan pendidikan Intergrasi antara Syariah dan konvensional. Selepas 8 tahun para pelajar di didik di SRIDB, kini tibalah masanya kami mewujudkan SMIDB bagi meneruskan sistem pengajian dan pendidikan kepada pelajar kami serta masyarakat Islam keseluruhannya.

SMIDB pada sesi pertama 2010

Tanggal 17 Muharram 1431H bersamaan 3 Januari 2010M menjadi sejarah buat SMIDB kerana telah menerima 25 orang pelajar sulong yang akan memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2010. Mereka ini dibahagikan kepada dua kelas yang berasingan, lelaki dan perempuan. Buat masa ini mereka menumpang belajar di bangunan MTAQDB. Semua pelajar ini diwajibkan tinggal di asrama. SMIDB mempunyai 4 orang tenaga pengajar tetap dan 5 orang tenaga pengajar bantuan serta seorang Pengetua yang mentadbir SMIDB dan MTAQDB.

SMIDB sesi kedua 2011

Pada sesi kedua, pelajar dan staff SMIDB telah bertambah dan perkembang baik daripada ibu bapa untuk menghantar anak mereka disambut baik oleh pihak pengurusan Darul Bayan.

Pada sesi ini, jumlah pelajar ialah seramai 168 orang dan staffnya 17 orang. Peningkatan staff adalah selari dengan peningkatan para pelajar dan keperluan yang semakin bertambah pada sesi ini. Para pelajar telah menduduki bangunan 3 tingkat berkembar yang baru. Kelas dan kelengkapan pelajar yang semakin baik dari pengurusan Darul Bayan mampu  memberikan keselesaan kepada para pelajar.

Read More !

Carta Organisasi 2011

|

*Sila Klik pada gambar untk paparan lebih jelas

Read More !

Hari Tarbiyyah 2010

|

Hari: Khamis
Tarikh: 22 April 2010
Tempat: Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan


Read More !

Kursus Pintar Jawi 2010

|

Hari: jumaat & Sabtu
Tarikh: 16&17 April 2010
Tempat: Dewan Seminar Darul Bayan, Paka


Read More !

Program Merentas Desa 2010

|

Hari: Khamis
Tarikh: 11 Februari 2010
Tempat: Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan, Paka

Alhamdulillah,dipanjatkan berjuta kesyukuran kehadrat Allah Taala kerana diberi peluang untuk melaksanakan acara tahunan smidb iaitu acara merentas desa yang julung kalinya dilaksanakan pada 11 Februari 2010.Merentas desa ini merupakan muqaddimah atau acara pembukaan bagi acara Sukan Tahunan sekolah yang dijangka akan berlangsung pada bulan Julai akan datang. Penyertaan acara ini juga melibatkan para pelajar Maahad Tahfiz Darul Bayan.

Signifikasinya ialah untuk merapatkan lagi ukhuwwah sesama pelajar mahupun di kalangan tenaga pengajar, di samping bertujuan menyihatkan fizikal dan mental. Jutaan terima kasih kepada Unit Amal kerana dengan usahasama mereka yang telah berganding bahu dengan para tenaga pendidik di sini,maka acara ini dapat dilangsungkan dengan jayanya. Acara ini diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah oleh Pengarah Program iaitu Ustaz Mohd Aruddin bin Nawi.










Read More !

Pembangunan SMIDB

|

Perasmian Pembangunan Fasa Pertama SMIDB

Pembangunan Fasa 1 Bangunan SMIDB telah dirasmikan oleh Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada 31 Julai 2009






Skim Jual Beli Tanah Wakaf

Sebarang Sumbangan/Derma/Saham Wakaf boleh di buat melalui akaun berikut:
Nama: MADRASAH DARUL BAYAN
BIMB : 1304 4010 0087 76
CIMB : 1308 0000 0861 01
MAYBANK : 5630 8200 4089

Untuk sebarang maklumat, sila hubungi:

Ust Jamaludin Bin Jusoh 
[ PENGETUA ] 
H/P: 0199156365 

Email: smislamdarulbayan@gmail.com

Pelan Bangunan SMIDB
*Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas







Kemaskini Pembangunan SMIDB
Julai 2010

Jun 2010 

Mei 2010


April 2010

Mac 2010

Februari 2010

Jan 2010

Read More !