MAKLUMAT PENTING

FACEBOOK RASMI SEKOLAH

Para pelajar menempuh Ujian Penilaian 1 SMIDB

|

PINANG MERAH Mac 27 : Para pelajar SMIDB hari ini telah memulakan pertengah sesi pertama dengan menempuh ujian Penilaian 1 SMIDB. Mereka akan mengharung ujian sehingga 7 April 2011. Ujian Penilaian 1 ini adalah agenda SMIDB bagi menilai pencapaian pelajar suku tahun 2011.

Pihak sekolah mengharapkan agar para pelajar dapat menjalani peperiksaan ini dengan baik dan dapat mencapai standard dan kelulusan yang cemerlang.

Semua guru-guru, ustaz dan ustazah mendoakan semua pelajar berjaya dengan cemerlang, insha ALLAH.


Read More !

Pelajar-pelajar Darul Bayan di Yaman selamat pulang

|

PINANG MERAH  24 Mac : Seramai 8 orang pelajar tajaan Darul Bayan selamat sampai ke tanah air. Kepulangan mereka di nanti-nanti oleh ahli keluarga mereka di Malaysia. Pihak SMI Darul Bayan mengucapkan selamat pulang dan kembali kepangkuan keluarga.

Negara Yaman masih dalam pergolakan yang merunsingkan. Pelbagai pihak telah menyuarakan kebimbangan terhadap warga negara Malaysia di sana. Kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menghantar pulang semua warga Malaysia di Yaman.




Pihak SMIDB mengucapkan selamat pulang.

Read More !

Pembangunan terbaru SMIDB , Mac 2011.

|

PINANG MERAH 10 Mac : Pihak Pengurusan dan Pentadbiran SMIDB dengan ini berbesar hati membuka peluang muslimin dan muslimat yang ingin menyumbangkan seramik / derma bagi menyiapkan lantai Dewan Besar SMIDB dan Kantin.


Pihak kami amat mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menyumbang bagi keselesaan para pelajar disini. Sebarang sumbangan boleh terus berhubung dengan :


Ust Jamaludin Bin Jusoh [ PENGETUA ] H/P:  0199156365 
Email: smislamdarulbayan@gmail.com

NAMA: MADRASAH DARUL BAYAN 
BIMB : 1304 4010 0087 76 
CIMB : 1308 0000 0861 01  
MAYBANK : 5630 8200 4089




Segala sumbangan dan derma tuan puan , pihak SMIDB dahulukan dengan ucapkan jazakumullah khairan khathitan.

Read More !

Rehlah Tarbawi ke Pantai KDRP [Kelab Desa Rantau Petronas], Kemasik.

|

PANTAI KDRP KEMASIK : Pihak SMIDB telah berjaya menganjurkan program Rehlah Tarbawi 2011 kepada semua pelajar dan guru-guru. Program ini adalah program tahunan SMIDB yang diatur bagi semua pelajar . Menurut Pengarah Program , Ustaz Mohammad Shafie b Ismail program ini bermatlamatkan  untuk merapatkan hubungan sesama guru dan pelajar, merehatkan minda dan membina kekuatan jasmani. Beliau amat berbesar hati kerana penganjuran pada tahun ini berjaya mencapai matlamat tersebut.


"Rehlah tarbawi seumpama ini insyaallah membantu menghilangkan stress dan tekanan belajar disamping membina dan mengukuhkan  ikatan sesama pelajar dan guru, saya harapkan program ini dapat dijalankan lagi untuk masa-masa akan datang " tegas Ustaz Shafie.


" para pelajar akan terus ceria untuk menimba ilmu di SMIDB insya Allah " kata Pengetua Cikgu Abdul Latif bin Muda sambil terseyum bangga  kerana program berjalan dengan lancar.


Pelbagai acara dan aktiviti di jalankan sepanjang sehari rehlah ini. Jelas terpancar wajah-wajah kecerian dan kegermbiraan dikalangan para pelajar.   Setelah berhempas pulas menuntut ilmu, berehat sebentar di pantai ini melepaskan keletihan minda. Tahniah buat anda semua.


Program seumpama ini akan diatur lagi untuk masa-masa yang akan datang, semoga para pelajar SMIDB lebih berjaya dan bersemangat untuk menuntut ilmu.

Read More !

Merentas Desa SMIDB berjaya.

|

PINANG MERAH 17 FEB : SMIDB telah berjaya menganjurkan program Merentas Desa SMIDB bagi sesi 2011.Semua pelajar terlibat dengan berjaya melalui track/laluan yang telah disediakan oleh Pengarah Merentas Desa SMIDB Ustaz Mazlan b Nawi.

Para pelajar telah didedahkan dengan track/laluan ini pada petang Ahad 15 Feb , mereka menjalani latihan ringan untuk membiasakan diri dengan track ini dan seterusnya menguatkan stamina.

Menurut Pengarah Program Ustaz Mazlan b Nawi, program merentas desa ini bukan sekadar dijadikan program tahunan , tetapi bermatlamatkan untuk memantapkan jasmani dan rohani para pelajar. Mereka didedahkan dengan aktiviti luar ini supaya pelajar terdedah dengan aktiviti-aktiviti pembinaan diri.

Tahniah kepada pelajar yang berjaya memenangi acara ini dan kepada yang belum berjaya lagi, teruskan usaha untuk berjaya pada masa akan datang.



Read More !

Solat Hajat Pendana dan Tazkirah Motivasi SMIDB siri I

|

PINANG MERAH 1 Mac : "untuk berjaya anda mesti menguatkan pergantungan diri kamu dengan Allah SWT..." tegas Al Fadhil Ustaz Saiful Bahri b Mamat selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah SMIDB.

Program ini adalah satu  kanan yang dianjurkan oleh SMIDB untuk terus membina kecemerlangan para pelajarnya.
Program bermula seawal jam 7.00 malam yang dikelolakan oleh PPSMIBD [Persatuan Pelajar SMIDB] dengan ucapan pengarah program dan solat Maghrib.

Selepas Solat Maghrib, para pelajar mendengar ucapan dan motivasi daripada alfadhil Ustaz Saiful Bahri b Mamat  yang bertajuk Remaja dan Jati Diri Muslim.


Majlis diteruskan dengan solat Isya dan SOLAT HAJAT PERDANA  yang diimamkan oleh alfadhil Ustaz Saiful.

Sekitar jam 10 malam, majlis bersurai  dan jamuan disediakan untuk semua pelajar dan tetamu yang hadir


Read More !

Update dalam masa terdekat, insya Allah.

|

Assalamualaikum.

Saya mewakili pihak webmaster dan pengendali weblog SMIDB memohon jutaan kepada pembaca setia blog ini kerana kesulitan pihak kami mengupdate blog ini.

Insya Allah terdekat kami akan update.

Terima kasih.

Team IT SMIDB 2011

Read More !