Bersama motivator terkenal Ustaz Mohd Mizan

|

PINANG MERAH 22 April : Program Motivasi Al Quran yang telah di anjurkan oleh pihak sekolah pada tahun ini telah menjemput khas motivator terkenal di Terengganu, Ustaz Mohd Mizan.

Program motivasi khas di adakan pada pagi Jumaat ini berjaya membuka lembaran kesedaran dan keinsafan kepada pelajar untuk terus menjadi muslim yang sejati.




Pihak sekolah amat berbesar hati di atas kesudian Ustaz Mizan untuk bersama-sama memberikan motivasi dan ceramah kesedaran kepada pelajar-pelajar disini.

Penyampaian yang penuh bersemangat dari Ustaz Mizan , amat menarik dan menginsafkan.


Program ini adalah rentetan program yang pernah di adakan pada tahun-tahun yang lepas.




Pengetua, Yg Berbahagia Cikgu Abd Latif menyampaikan sedikit cenderahati dari pihak sekolah kepada Ustaz Mizan.




Sila layari laman web rasmi TQHM Consultant : http://www.tqhmconsultant.com


Read More !

Kata-Kata Pujangga Islam

|

Kata-kata hikmah ini adalah koleksi mutiara kata dan kata-kata indah pujangga dan tokoh Islam sebagai nasihat.
Setiap amal bergantung pada niat. Niat dan tujuan orang beriman lebih baik dan bernilai pada pandangan Allah daripada amalannya. Niat orang yang tidak beriman lebih buruk daripada apa yang nyata dengan amalannya. – Nabi SAW


Lisan yang didorong dan dikendalikan oleh kekuatan iman akan menghasilkan mutiara-mutiara kata yang elok didengar dan memancarkan kebenaran
Imam Ali bin Abi Talib berpesan: “Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta”
Ibnu Munkadir berkata: “Bagiku nikmat dunia ini hanya ada pada tiga perkara, qiamullail, silaturrahim dan solat berjemaah”. Wahai insan yang beriman,
renungkanlah dirimu agar kamu mengetahui hakikat dirimu sendiri, dengan demikian kamu akan mengenali Pencipta Yang Maha Agung. Berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci dan tunduk pada Ilahi.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:” Rebutlah peluang lima sebelum lima:
Masa muda sebelum tiba masa tua. Masa sihat sebelum tiba masa sakit. Masa lapang
sebelum tiba masa sibuk. Masa kaya sebelum tiba masa papa. Dan masa hidup
sebelum tiba masa mati.”
Madu adalah penyembuh untuk penyakit dan Al-Quran adalah penyembuh bagi penyakit dalam hati, maka hendaklah kamu berubat dengan madu dan Al-Quran.
Setiap orang itu lemah apabila ia menyerang kerana beliau hanya mempunyai satu tangan untuk mempertahankan diri dan satu lagi digunakan untuk menyerang
Menghairankan sekali,orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari,
tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun
Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi, kerana di sebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah, yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman dalam meneguk makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah.
Setiap kemaksiatan adalah racun di dalam hati yang merosak kesucian jiwa
seseorang, kerana ia rindu berbuat dosa yang akan mewariskan kehinaan. Oleh
sebab itu, meninggalkan dosa bererti menghidupkan jiwa dan memancarkan cahaya
keimanan di celah-celah sanubari insan.
Yang selalu membunuh kebijaksanaan seseorang ialah tamaknya – Sayidina Ali
Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan
Kata al-Imam As-Syafi’i, “Mencari ilmu itu lebih utama daripada mengerjakan
sunnah.”
Jika kita bandingkan hidup yang singkat di dunia ini dengan hidup yang abadi di alam akhirat, maka hidup ini adalah mimpi belaka
Rasullullah SAW bersabda;” Orang yang cerdas adalah orang yang selalu memikirkan dan mempersiapkan kematian”.
Berikan sepenuh kasih sayang kepada ibu bapa, kerana mereka adalah pemegang tali
penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa; kasih mereka terhadap anak adalah
kasih dari titisan air mata dan titik peluh yang tak mungkin terbalas.
Gembira dan bahagia tika menyabit padi kiranya ianya ditanam sendiri. Begitu juga jiwa manusia itu bukan tumbuh kerana upah tetapi kerana kerja yang patut mendapat upah
Biar kamu tidak cantik di mata penghuni bumi tetapi namamu menjadi perbualan penghuni langit.
Nabi SAW bersabda,”Jagalah dirimu daripada api neraka.. Meskipun dengan sedekah separuh daripada sebiji kurma. Jika tidak dapat,maka sepatah kata yang baik.”
Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sbagai sindiran
kepadanya sebab itu tidak diterimanya
Semoga mendapat manfaat dari koleksi kata-kata pujangga Islam ini.

Read More !

Futsal di Master Scaff untuk semua pelajar lelaki

|







Read More !

Terima kasih saudari Wan Asma'

|

PINANG MERAH 11 Mac : SMIDB dan semua kakitangannya ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada bekas kakitangan SMIDB Saudari Wan Asma yang telah menamatkan perkhidmatannya pada penghujung Mac yang lepas.

Beliau telah mula berkhidmat pada awal tahun 2011 dan sepanjang perkhidmatannya, banyak sumbangan dan idea yang dicurahkan selaku Kerani SMIDB.Semoga Allah membalas jasa dan bakti pada sekolah dengan pahala yang berlipat ganda.

Read More !

Tahniah Aswadi dan Khalida

|



JALAN SERINDIT, PAKA 9 Mac : Kami staf dan kakitangan SMIDB mengucapkan "alfun mubarak" buat pengantin Darul Bayan, iaitu saudara Wan Aswadi b Che Abdullah dan pasangannya saudari Khalida bt Khalid.Kedua-dua mereka adalah staff Sek Rendah Islam Darul Bayan, Paka.

Mereka telah selamat dijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri, kami mendoakan sepertimana yang di ajar oleh nabi SAW ;



Read More !

Usrah bulanan Staf dan Kakitangan Darul Bayan

|

PINANG MERAH 31 Mac : Usrah bulanan bersama Naqib Darul Bayan, al Fadhil Yang Berbahagia Ustaz Saiful Bahari berjalan seperti biasa. Usrah ini menghimpunkan semua staff dan kakitangan yang berkhidmat dengan Darul Bayan.






Kakitangan dan staf akan disuntik semangat baru setiap bulan dengan pertemuan yang bermakna ini. Antara objektif utama usrah adalah memperkuatkan ukhuwwah dan tali persaudaraan Islam disamping dapat bertemu sesama staff yang berkhidmat dipelbagai jabatan-jabatan di Darul Bayan ini.





Read More !

Suasana pelajar SMIDB mengikuti OTI 1 / Ujian Penilaian 1

|



PINANG MERAH 7 Mac : Pelajar selesai menjalani sesi OTI yang pertama dengan jayanya.Pihak sekolah mengharapkan supaya ujian pertama ini menjadi titik tolak kepada perkembangan pelajar kearah membina kecemerlangan di SMIDB.

Kami para guru dan pendidik di SMIDB sentiasa mendoakan kecemerlangan pelajar. Semoga kecemerlangan akedemik seiring dengan akhlak dan syakhsiah muslim .Insha Allah.


Pelajar tekun menjawab soalan








Pengetua, Yg Berbahagia Cikgu Latif memberika sokongan moral kepada pelajar untuk menjawab soalan.

Teruskan membina kecemerlangan dan kejayaan kalian di SMIDB

Read More !

Daurah Bahasa Arab Musim Ke-3

|


Read More !

slide

Ideal-helper's Photo Gallery