Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

|

Read More !

Perasmian badan Uniform SMIDB 2011

|


Read More !

Perasmian Pecah Tanah Asrama Muslimat

|

KG. PINANG MERAH, 7 Mei : Majlis Pecah Tanah Asrama Muslimat telah berjaya dan di sempurnakan oleh Yang Berbahagia Al Fadhil Haji Yahya b Ali, Setiausaha Badan Perhubungan Negeri Terengganu. Projek Fasa Ke-2 kompleks SMIDB ini bakal di bina bangunan 2 tingkat Asrama Muslimat beserta kelengkapan asrama yang lain. Pembinaan bangunan ini dijangka menelan belanja RM400 ribu untuk bahan mentah sahaja. Untuk kos pembinaan, seorang kontraktor pembinaan telah memberikan komitmen untuk menyiapkan pembinaan bangunan ini sebagai amal jariahnya.

Pada perancangannya, majlis ini akan disempurnakan oleh Haji Mohammad Sabu namun yang demikian, beliau tidak dapat menghadirkan diri pada saat akhir kerana menghadiri Maqasid Syariah di Shah Alam. Walau bagaimana pun, majlis berjalan lancar dengan dihadiri sekitar 500 orang tetamu yang pada awalnya memdengar taklimat sempena Ijtima' Paka pada tempat yang sama.

Dalam ucapan perasmian pecah tanah tersebut, Yg berbahagia Haji Yahya Ali menyatakan bahawa sistem pendidikan alternatif ini begitu penting kepada kita terutama dalam memberikan pendidikan Islam yang betul dan mendidik anak-anak sebagai penyambung perjuangan kita. Seterusnya beliau menyempurnakan simbolik majlis pecah tanah dengan memecahkan tanah menggunakan jengkaut tanah. Beliau juga meluangkan masa untuk melihat pameran Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan yang mempamerkan kronologi penubuhan Darul Bayan daripada institusi pendidikan pondok seterusnya berkembang dengan terbinanya Maahad Tahfiz Al-Quran, Sek. Ren. Islam Darul bayan dan yang terkini, Sekolah Menengah Islam Darul Bayan.

Majlis berakhir pada jam 1.30 petang dengan dijamukan hidangan gulai lembu. Pihak Darul Bayan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam majlis ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Tidak dilupakan juga kepada para penyumbang yang dermawan yang bermurah hati dalam menghulurkan dana kepada Darul Bayan dari dahulu sehingga sekarang. Semoga amalan kebaikan ini diberikan ganjaran berlipat kali ganda daripada Allah. Jazakumullah khairan Kathiro.

Read More !

Jemputan Ke Majlis Pecah Tanah Asrama Muslimat SMIDB

|


Read More !

Kembalikan kegemilangan Islam

|

Read More !

slide

Ideal-helper's Photo Gallery