MAKLUMAT PENTING

FACEBOOK RASMI SEKOLAH

Lawatan sambil belajar Kelab Pintar Sejarah SMIDB 2010

|

KG PINANG MERAH 28 Mei : Kelab Pintar Sejarah SMIDB telah berjaya mengadakan lawatan sambil belajar ke Karnival Festival Kesenian Islam di Kuala Terengganu . Seramai 14 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring kelab telah mengikuti lawatan ini.









Read More !

Banner Sambutan Hari Guru 2011

|

Read More !

Makluman Program Perjumpaan Ibu Bapa dan Penyerahan Buku Rekod

|

Assalamualaikum

Pihak SMIDB ingin memaklumkan kepada semua ibu bapa/ penjaga berkenaan program yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah iaitu


PERJUMPAAN IBU BAPA & GURU SERTA PENYERAHAN BUKU REKOD PRESTASI PELAJAR

TARIKH : 25 DAN 26 JUN 2011

HARI : SABTU DAN AHAD

MASA : JAM 9.00 AM SEHINGGA 1.00 PM

KETERLIBATAN : SEMUA IBU/BAPA/PENJAGA


*Ibu/bapa/penjaga di jemput untuk datang bagi menjayakan program tersebut.
*Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Cikgu Mahani 019 933 5359 [ Pengarah Program ]


JANGAN LUPA DATANG YA...TERIMA KASIH

Read More !

Kem Jejak Huffaz siri I

|

KG PINANG MERAH 26 Mei : Pihak SMIDB telah berjaya menganjurkan kem Jejak Huffaz siri I bagi semua pelajar lelaki dan perempuan yang terlibat dalam hafalan al Quran . Mereka dari aliran Akademik Tahfiz dan Tahfiz Sepenuh Masa .

Kem ini bermula dari 26 Mei dan berakhir pada 6 Jun 2011 yang memakan masa cuti pertengahan tahun mereka. Walaupun mereka terpaksa mengambil sebahagian dari cuti mereka, namun kem ini telah berjaya diadakan dengan sempurna.


Kem ini mengetengahkan beberapa akitiviti bagi mengasah dan memantapkan kekuatan hafazan mereka. Sepanjang kem ini, para guru yang terlibat dengan aliran tahfiz memberikan bimbingan khusus kepada mereka semua , disamping ada juga guru jemputan dari luar bagi mengisi slot-slot yang tertentu.

Kem ini bermatlamatkan kepada pemantapan dan pensegaran kepada hafazan mereka yang bermula dari awal tahun sehingga bulan Mei 2011.Mereka di motivasikan dengan aktiviti yang membangkitkan semangat untuk meningkatkan lagi kualiti hafazan mereka.

Pihak SMIDB mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan pihak berkaitan yang terlibat menjayakan program Kem Jejak Huffaz Siri I SMIDB 2011.

Read More !

Renungan bersama

|

OLEH : CIKGU HASLIZA B HASHIM
Guru SMIDB


YANG DEKAT ITU MATI
YANG SIKIT ITU MASA
YANG BESAR ITU NAFSU
YANG BERAT ITU AMANAH

MATI ITU PASTI, NAMUN BILA AKAN MATI TIDAKLAH MANUSIA ITU MENGETAHUINYA.YANG PASTI IANYA MEMANG TERLALU HAMPIR DENGAN KITA.JUSTERU,MASA DAN RUANG YANG SEDIKIT INI TIDAK HARUS DIPERSIAKAN.IA PERLU DIISI UNTUK MENTAQARRUB DIRI KEPADA ILAHI.PERISIAN ITU BUKANLAH BERBENTUK NAFSU DUNIA KERANA DUNIA ADALAH PALSU SEMATA.BAGI MEREKA YANG OPORTUNIS,KEHIDUPAN DI DUNIA ADALAH RUANG DAN PELUANG UNTUK MENCARI BEKALAN KEHIDUPAN YANG KEKAL ABADI.INI ADALAH AMANAH.AMANAH DARIPADA PENCIPTA BAGI HAMBANYA YANG BERINGAT.

MENUTURKANNYA ADALAH MUDAH, NAMUN UNTUK MELAKSANAKANNYA TIDAK SEMUDAH PERTUTURAN LIDAH.........................

.........AKUKAH ITU..........

Read More !