MAKLUMAT PENTING

FACEBOOK RASMI SEKOLAH

Pertandingan Keceriaan Kelas SMIDB 2012

|


SMIDB , sepanjang sesi persekolahan 2012 – Pertandingan keceriaan kelas telah diadakan. Ia merupakan  salah satu aktiviti Jawatankuasa Keceriaan Sekolah Menengah Islam Darul Bayan bagi tahun 2012. Program ini melibatkan semua warga sekolah di atas bantuan daripada semua guru-guru SMIDB. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendidik pelajar-pelajar SMIDB mengamalkan kebersihan dan mempratikkannya di sekolah juga di rumah masing-masing disamping meningkatkan peratus kebersihan sekolah.

Objektif program ini bertujuan mendidik murid-murid tentang kebersihan dan pentingnya menjaga kebersihan. Selain daripada itu ianya dapat meningkatkan peratus keceriaan dan kebersihan sekolah serta mewujudkan murid yang berminda sihat, ceria dan berdaya saing di masa hadapan. Semua kelas diwajibkan melibatkan diri dalam program keceriaan ini supaya dapat menubuhkan kawasan sekolah yang bersih dan selamat.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pemeriksaan kelas pada setiap hari, hadiah piala pusingan diberi sebulan sekali khas untuk kelas yang mendapat markah tertinggi (markah dicampur untuk 4 minggu), denda dikenakan kepada kelas terkotor dan akan diberikan sijil penghargaan kepada kelas terbersih dan terkotor pada setiap minggu. Permarkahan akan dinilai mengikut kebersihan, kecerian, sudut pameran dan kerjasama di antara pelajar mengikut kelas masing-masing.

Untuk merealisasikan program ini, semua pihak haruslah memainkan peranan yang penting agar manfaat bukan sahaja kepada pelajar malahan kepada persekitaran kawasan sekolah yang bersih lagi indah. Akhir kata, pelajar sihat lahirnya daripada persekitaran yang bersih.




P/S: Admin akan update gambar dari mase ke semase.

Read More !

Info Pelajar

|

















Read More !