INFO PENTING

Bismillahirrahmanirrahim,

Untuk makluman Ibu/Bapa/Penjaga bagi pelajar Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB),

Yang ingin membayar yuran atau memberi sumbangan secara atas talian (online banking), bolehlah disalurkan melalui

akaun MAYBANK atas nama SEK MEN ISLAM DARUL BAYAN (5630 8210 1274)

E-mail kan kepada it.smidb2gmail.com

dan hendaklah menghubungi kerani sekolah untuk pengesahan ,

cikpuan Qaidah: 012-9877346

Terima kasih atas kerjasama.

Kem Jejak Huffaz 2012

|


SMIDB dan Lagoona Cherating Resort, ( 24-29 MEI 2012  ) - Kem Jejak Huffaz diadakan bertujuan untuk membina Jilul Quran (generasi al-quran) selaras dengan kemodenan semasa, menerapkan perasaan cinta akan Al-Quran dalam diri setiap peserta, melatih para peserta supaya menghidupkan bia’ah solehah dan bia’ah al-quran dalam kehidupan sebagai huffaz di SMIDB, mempertingkatkan dan memperkemaskan mutu hafalan peserta, merapatkan ukhuwwah antara para pelajar dan para asatizah, serta menenangkan fikiran para peserta Akademik Tahfiz dan Tahfiz Sepenuh Masa.

Antara program yang dijalakan sepanjang kem huffaz dijalankan ialah ceramah motivasi Al- Quran bersama Ustaz Assyaari Anuar, zikir munajat diketuai oleh Ustaz Mohammad Mizan Bin Mohd Nor, ceramah isu palestin oleh Aqsa Syariff, halaqah Quran dan lain-lain lagi.

Dengan jayanya Majlis penutupan kem hujjaz telah dirasmikan oleh semua guru halaqah yang melibatkan diri.  Akhir kata, kami mengucapkan Jazakallahhu Khair kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini dan dikira sebagai amal soleh.




P/s:Admin akan update gmbr dari mase ke semase..

Read More !