MAKLUMAT PENTING

FACEBOOK RASMI SEKOLAH

Gotong- royong Dan Pemindahan Asrama Muslimat 2012

|


Bertempat di kawasan asrama SMIDB, 14/6/2012 - Berlangsungnya satu aktiviti gotong-royong dan pemindahan asrama muslimat . Gotong-royong ini bertujuan untuk membersihkan sekitar kawasan asrama baru muslimat. Pemindahan barang serta susun atur kelengkapan telah dilakukan seperti almari, katil, tilam dan sebagainya. Sikap dan amalan ini mampu memberi banyak manfaat kepada para pelajar seperti memupuk sikap bekerjasama dalam jati diri.

Benarlah kata peribahasa “bersatu kita teguh bercerai kita roboh”. Amalan yang baik seharusnya diamalkan dalam kehidupan seharian, bak kata pepatah “yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan”.                                        
                                         
                                    keadaan asrama selepas dibersihkan


kerjasama diantara pelajar dan guru yang terlibat


kesibukan pelajar muslimat memindahkan kesemua barang ke asrama baru



kesemua barang di pindahkan ke asrama baru muslimat



Secara keseluruhannya, ianya amat berfaedah dan mesti diamalkan sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah daripada rebungnya. Amalan ini boleh dipraktikan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal.

Read More !