MAKLUMAT PENTING

FACEBOOK RASMI SEKOLAH

Program Mukhayyam 2012

|


Bertempat di belakang SMIDB pada  5 – 7 JULAI 2012, telah diadakan satu program Mukhayyam bertujuan untuk memantapkan sahsiah kehidupan dan kerohanian para pelajar yang terbabit. Hal ini dapat memberi pendedahan yang berguna kepada mereka supaya lebih yakin di masa akan datang . Antara aktiviti yang telah diadakan ialah night walk, merentas hutan, masakan hutan, orienteering, laluan berhalang, pertandingan memasak, dan pertandingan keceriaan khemah. Keseronokan dapat dirasai sepanjang aktiviti dijalankan dan turut membabitkan beberapa anggota guru dalam merealisasikan dengan jayanya program tersebut. Selain daripada aktiviti yang membabitkan kawasan luar, penambahan aktiviti lain juga diadakan seperti program qiamullail, bacaan Ma’thurat, tazkirah dan halaqah Al-Quran (tahfiz). Akhir sekali majlis diakhiri dengan perasmian penutupan program mukhayyam.










Read More !