MAKLUMAT PENTING

FACEBOOK RASMI SEKOLAH

Majlis IHTIFAL SMIDB sesi 2013

|

 
SABTU

18 JANUARI 2014

8.30 PAGI-1.00 T/HARI
DEWAN TERBUKA SMIDB

 
Majlis IHTIFAL Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB) bagi sesi 2013 ini,
merupakan program tahunan Sekolah Menengah Islam Darul Bayan. Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan hadiah dan anugerah kepada para pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan sepanjang tahun. Selain itu juga anugerah tokoh pelajar turut diberikan bagi pelajar yang berjaya dalam Akademik, Al-Quran dan Akhlak secara keseluruhan.

OBJEKTIF
Memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

RASIONAL
· Menjadi perangsang kepada pelajar supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran.
· Menimbulkan rasa minat di kalangan pelajar untuk terus cemerlang dan berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum.

MATLAMAT
· Melahirkan pelajar yang cemerlang, berkualiti dan berwawasan.
· Mempertingkatkan amalan mencintai ilmu dalam diri pelajar.
· Melahirkan pelajar yang mempunyai semangat juang yang tinggi untuk cemerlang dalam Akademik, Al-Quran dan Akhlak.
Senarai nama pelajar yang Berjaya memperoleh kejayaan yang cemerlang
pada sesi 2013 yang lepas:

 
PENCAPAIAN TERBAIK SETIAP ALIRAN:
ALIRAN AKADEMIK TAHFIZ : Danial Hakim Mohd Tohar
ALIRAN AKADEMIK SYARIAH : Nurul Shuhadah Bt Md Yahya
ALIRAN TAHFIZ SEPENUH MASA : Anas B. Mohd Tajudin
 
ANUGERAH KECEMERLANGAN SMU:
 
ANUGERAH TOKOH AL-HAFIZ (hafal 30 Juzuk AQ):
Muhammad Hafidz B  Mohd Rofi
 
TOKOH MITHALI TAHUN 2013:
Muhammad Amirul Fahmi bin Shafei
Tasneem Hanani binti Badrul Jamili

 
Antara gambar yang boleh dikongsikan sepanjang berlangsungnya Majlis ini;

Pengerusi Majlis: Cikgu Noor Mohd Jamalluddin bin Jusoh
 
Sebahagian daripada ibubapa & pelajar yang meraikan majlis ini.
 
Tetamu VIP: YB Adun Paka, Ustaz Saiful Bahri bin Mamat (Pengasas Darul Bayan)
 
 Anugerah tokoh Al-Hafiz 2013
 
Anugerah Tokoh Mithali (Muslimin) 2013
 
Anugerah Tokoh Mithali (Muslimat) sesi 2013

Read More !

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR & IBU BAPA

|



Read More !

TAHNIAH BERJAYA KE SMIDB 2014 (TINGKATAN 1)

|

BERIKUT IALAH SENARAI BARANG YANG PATUT DIBAWA OLEH SESEORANG PENGHUNI ASRAMA SMIDB:

PELAJAR TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA PERALATAN, PAKAIAN DAN BARANG-BARANG KEPERLUAN MEREKA YANG BANYAK KE ASRAMA.
BBARANG KEPERLUAN PELAJAR MUSLIMIN:
PBAKAIAN SERAGAM MUSLIMIN:
I.Jubah putih = BELI DI KOPERASI SEKOLAH
II.Seluar slack hitam
III.Baju T-shirt putih
IV.Kasut dan stoking putih
V.kopiah = BELI DI KOPERASI SEKOLAH
KEPERLUAN LAIN –LAIN:    
· Baju Melayu / Jubah untuk solat  
· T-Shirt ( tidak bergambar)  
· Seluar Track   
· Pelikat 
· Al – Quran      
· Kopiah Putih & Lain warna 
· Kain Cadar putih      
· Sarung Bantal Putih  
· Baju tidur      
· Kain Selimut  
· Kain Basahan 
· Alatan Mandi  
· Tuala   
· Bantal  
· Baldi    
· Kunci mangga locker
·         Pinggan
·         gelas

SEMUA BARANG KEPERLUAN MESTI DITULIS NAMA DENGAN MAKER PEN

BARANGAN YANG TIDAK DIBENARKAN DIBAWA KE ASRAMA

1.    Handphone
2.    Mp 4/ pss/ipod
3.    Baju yang terlalu banyak
4.    Seluar jeans/ dangre (jenis yang sama tetapi berlainan jenama)
5.    Seluar pendek
6.    Senjata tajam
7.    Bahan bacaan atau bergambar berunsur lucah
8.    Novel
9.    Beg pakaian melebihi satu beg seorang
10. Peralatan elektrik
11. Semua jenis aksesori dan barang perhiasan


PERINGATAN:
Ø TINDAKAN  MERAMPAS  DENGAN  TIDAK MENGEMBALIKAN  BARANG  RAMPASAN BOLEH  DILAKUKAN OLEH PIHAK SMIDB.

Ø PELAJAR DAN  WARIS  HENDAKLAH MENGAMBIL BERAT  PERKARA-PERKARA DI ATAS.






BARANG KEPERLUAN MUSLIMAT:

PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH ( MUSLIMAT)

  1. Jubah dan jilbab  = perlu beli kain di koperasi sekolah
  2. Baju batik  asrama = perlu beli kain di koperasi sekolah
  3. Stoking warna putih
  4. Kasut sekolah warna putih
  5. Seluar slack hitam (straight cut)

KEPERLUAN DIRI DAN KEKEMASAN DIRI
1.     Baju kurung atau jubah =  lima pasang
2.     Jilbab hitam & berpurdah = 2 helai
3.     Kain batik
4.     Baju muslimah
5.     Seluar track
6.     Tuala mandi
7.     Baju tidur
8.     Keperluan mandi
9.     Mangga kunci
10.  Baldi
11.  Penyakut baju dan penyepit baju
12.  Cadar dan sarung bantal putih
13.  Bantal
14.  Selimut
KEPERLUAN ROHANI
1.     Telekung berwarna putih
2.     Sejadah
3.     Al-quran
4.     Buku catatan khas untuk aktiviti rohani
KEPERLUAN LAIN -LAIN
1.     Pinggan
2.     Gelas
3.     Sudu


SEMUA BARANG KEPERLUAN MESTI DITULIS NAMA DENGAN MAKER PEN

BARANGAN YANG TIDAK DIBENARKAN DIBAWA KE ASRAMA

12. Handphone
13. Mp 4/ pss/ipod
14. Baju yang terlalu banyak
15. T-shirt kecil yang berbentuk badan (baby t-shirt) dan bercorak/ bertulisan tidak sesuai untuk pelajar
16. T-shirt tidak berlengan
17. Seluar jeans/ dangre (jenis yang sama tetapi berlainan jenama)
18. Seluar pendek
19. Senjata tajam
20. Bahan bacaan atau bergambar berunsur lucah
21. Novel
22. Anak-anak patung / bantal sampingan
23. Beg pakaian melebihi satu beg seorang
24. Peralatan elektrik
25. Semua jenis aksesori dan barang perhiasan


PERINGATAN:
Ø TINDAKAN MERAMPAS DENGAN TIDAK MENGEMBALIKAN BARANG RAMPASAN BOLEH DILAKUKAN OLEH PIHAK SMIDB.

Ø PELAJAR DAN WARIS HENDAKLAH MENGAMBIL BERAT PERKARA-PERKARA DI ATAS.




BAYARAN YANG PERLU DIBUAT PADA HARI PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2015:

1. YURAN PENDAFTARAN = RM180
            2. YURAN BULAN SATU MENGIKUT ALIRAN:
ØALIRAN AKADEMIK TAHFIZ = RM 250
ØALIRAN AKADEMIK SYARIAH = RM 200
ØALIRAN TAHFIZ SEPENUH MASA = RM 180
3. YURAN TAHUNAN = RM 150
            4. BUKU TEKS :
        ØBUKU SYARIAH = RM 37.70
ØBUKU AKADEMIK = RM 138.60
Ø  BUKU TULIS = RM 12

Read More !

SELAMAT DATANG PELAJAR BARU DAN PELAJAR LAMA

|


Read More !

{PENANGGUHAN} TEMUDUGA TINGKATAN 1 SESI 2014

|

Bismillahirrahmanirrahim...
 
 
Kampung Pinang Merah mengalami BANJIR dan
menyebabkan perjalanan ke Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB) menjadi tergendala.
 
Pihak SMIDB mengambil inisiatif untuk menangguhkan
proses temuduga sekolah kepada tarikh di bawah:
 
 
TARIKH TEMUDUGA (baru) :
10 & 11 DISEMBER 2013
 
MASA:
9.00 pagi
 
TEMPAT:
Sekolah Menengah Islam Darul Bayan

Read More !

Selesai sudah... KEM PRA TAHFIZ SMIDB SESI 2013

|

Bismillahirrahmanirrahim...
(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah (Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam)
Selesai sudah program cuti sekolah yang diadakan setiap tahun di sekolah ini.

Nama program
KEM PRA TAHFIZ

Tarikh
21 - 30 NOVEMBER 2013 (10 hari)

Tempat
SEKOLAH MENENGAH ISLAM DARUL BAYAN

Objektif
  • MENGADAKAN PROGRAM YANG BERFAEDAH & BERMANFAAT DI MUSIM CUTI SEKOLAH ANAK-ANAK.
  • MELAHIRKAN ANAK-ANAK YANG MINAT DALAM ILMU TAHFIZ AL-QURAN.
  • MELAHIRKAN ANAK-ANAK YANG MENJAGA DISIPLIN DIRI & DISIPLIN WAKTU.
  • MELATIH ANAK-ANAK DALAM ASPEK KEPIMPINAN DIRI.
Sasaran Peserta:
  • PESERTA LELAKI (10-15 TAHUN)
  • PESERTA PEREMPUAN (11-13 TAHUN)
Aktiviti-aktiviti yang Telah Dilaksanakan Sepanjang KEM PRA TAHFIZ 2013

SESI PENDAFTARAN PESERTA
 PEMBAHAGIAN & SESI TAARUF
(DALAM HALAQAH AL-QURAN)
 HALAQAH TASMI' AL-QURAN
 PERTANDINGAN HAFAZAN
(SURAH-SURAH PILIHAN)
PERTADINGAN NASYID (MUSLIMIN & MUSLIMAT)
PERTANDINGAN SYARAHAN
 KULIAH AGAMA
BENGKEL WUDUK &
BENGKEL SOLAT (ketika sakit, ketika perang)

 RIADAH
LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)
"REPLIK MAAHAD TAHFIZ IMPIAN"
NIGHT-WALK
 LDK "LUKISAN KREATIF-TEMA:KASIH SAYANG"
MAJLIS PENUTUP BERSAMA IBUBAPA &
VIP JEMPUTAN KHAS YB ADUN PAKA, USTAZ SAIFUL BAHRI BIN MAMAT
TERIMA KASIH KEPADA FASILITATOR (pelajar tahfiz SMIDB dari tingkatan 3 &4)
YANG BANYAK MEMBANTU DALAM MENJAYAKAN KEM INI...
jazakallahu khairan kathiraa...

Video KEM PRA TAHFIZ:
http://www.youtube.com/watch?v=qTwF5eVfqBg

SEKIAN

Read More !

[DOWNLOAD] BORANG PENYERTAAN KEM PRA TAHFIZ

|

KEM CUTI SEKOLAH TAHUN 2014
 
PENDAFTARAN BERMULA PADA PUKUL
8.00 Pagi- 12 Tengahari
 

boleh terus DOWNLOAD pautan di bawah ini:
 
Peralatan yang perlu dibawa:
  1. Al-Quran
  2. Kasut sukan
  3. Selimut & cadar
  4. Peralatan mandi
  5. Gelas
  6. Cebok/gayung
  7. pakaian untuk 10 hari (baju yang MENUTUP AURAT)

Read More !

PENGAMBILAN PELAJAR BARU TINGKATAN 1 SESI 2014

|

Bismillahirrahmanirrahim
(Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang)

  1. Bagaimanakah cara untuk memohon ke Sekolah Menengah Islam Darul Bayan(SMIDB)?
    Untuk permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 ke SMIDB, anda perlu mengisi Borang Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Islam Darul Bayan selepas keputusan UPSR diumumkan.
  2. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon ke SMIDB?
    - Warganegara Malaysia dan beragama Islam.
    - Boleh membaca dan menulis dalam tulisan Jawi atau Rumi
    - Boleh membaca Al-Quran dengan lancar.
    - Calon yang menduduki UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) tahun semasa.
    - Memperolehi sekurang-kurangnya 3A 2B dalam UPSR.
    ** Serta LULUS TEMUDUGA SMIDB**
  3. Adakah kemasukan ke SMIDB memerlukan Ujian Khas?
    Selepas keputusan UPSR diumumkan dan menghantar borang permohonan, calon-calon yang mencukupi syarat akan dipanggil untuk menduduki Ujian Khas seperti;
    Ujian Temuduga atau Ujian membaca atau Ujian menulis dan membaca Jawi atau Ujian Hafazan Quran (Bagi Permohonan Tahfiz).
  4. Di mana borang permohonan boleh diambil?
    Borang permohonan boleh diambil di pejabat Sekolah Menengah Islam Darul Bayan atau diambil secara muat turun borang di laman blog (http://smidarulbayan.blogspot.com)
  5. klik pautan borang permohonan dibawah ini:
    https://docs.google.com/file/d/1to1_14Svg7ffiWPhSzPC6bvFkCu-pZYIGHil3Nt-KWLOD9SL4RvvxjmLenYa/edit?usp=sharing


    seterusnya hendaklah di hantar kepada:
    Bahagian Kemasukan Pelajar SMIDB,
    Sekolah Menegah Islam Darul Bayan,
    Kampung Pinang Merah,
    23100 Paka, Dungun,
    Terengganu Darul Iman.


    Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi:
    PEJABAT SMIDB (Cik Maizatul Akma) : 09-8272677
    PENGETUA SMIDB (Ustaz Jamaludin bin Jusoh) : 019-9156365
    PENOLONG KANAN HEM (Puan Mahani bt Ibrahim)  : 019-9335359

Read More !

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH SMIDB 2013

|

Assalamualaikum WBT

Firman Allah SWT yang bermaksud,
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai kematian"

 
           Mati ialah berlakunya perpisahan diantara roh dan jasad. Apabila roh yang berada di dalam jasad manusia ditarik keluar oleh Malaikat 'Malakulmaut' maka matilah manusia itu. Semua makhluk yang bernyawa pasti akan merasai dan mengalami kematian . Mati tidak dapat dielakkan. Kita tidak tahu bila kita akan mati. Oleh itu, kita perlulah sentiasa mengingati akan kematian. Dengan mengingatinya, kita akan menyedari betapa pentingnya untuk lebih beramal, beribadat kepada Allah SWT serta melakukan pelbagai kebaikan. Semoga dengan demikian kita akan selamat di dunia dan di akhirat.    
-------------------------------------------------------------------------------------------
       Pada 11 November 2013 (Isnin) bersamaan 8 Muharam 1435 H, pihak sekolah telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Peringkat Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB) bermula 8.00 pagi hingga 1 petang. 
 
       Kursus pengurusan jenazah ini diadakan bertujuan untuk memantapkan tahap kefahaman pelajar terhadap konsep pengurusan jenazah sebagai satu tuntutan fardhu kifayah. Selain itu, memberi pendedahan secara teori dan praktikal secara langsung kepada pelajar serta memberi pendedahan dan pengalaman belajar sebagai langkah awal untuk melaksanakan tuntutan ini dalam keluarga dan masyarakat.
       Kursus pengurusan jenazah terbahagi kepada dua sesi. Sesi pertama dimulakan dengan sesi penerangan secara teori kepada para pelajar yang telah disampaikan oleh Ustaz Abdillah yang merupakan tenaga pengajar dari Pondok Darul Bayan.
 
       Antara pengisian yang telah disampaikan ialah :
1- Hukum menguruskan jezanah adalah Fardhu Kifayah.
 
2- Pengurusan jenazah adalah meliputi perkara-perkara berikut iaitu mandi, kafan, sembahyang dan tanam (kebumi).
3- Sebagai seorang Islam dan saudara seiman, kita mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap seseorang. Di antara hak dan tanggungjawab yang dimaksudkan itu ialah menziarahi orang sakit. 
 
4- Hukum menziarahi orang sakit ialah sunat Muakkad berdasarkan pendapat Imam Nawawi .
5- Pengurusan orang yang sakit tenat pula, sunat dilakukan perkara-perkara berikut antaranya ialah, meletakkan ia menghadap kiblat, ajarkan ia dengan kalimah tauhid (Lailahaillah Muhammadul Rasulullah), titik air sejuk ke dalam mulutnya beberapa titik dan baca surah Yaasin disisnya.
6- Mencium dan mengucup wajh si mati adalah harus bagi keluarga si mti dan sahabat handainya. Tempat yang dikucup ialah bahagian muka, seperti dahi dan pipi. Tempat yangg paling utama dikucup ialah pada bahagian dahi tempat sujud.
 
7- Memandikan mayat ditakrifkan sebagai meratakan air ke seluruh badan dengan cara yang tertentu. 
 
8- Sekurang-kurang kafan ialah sehelai kain yang menutupi seluruh badan mayat. Mayat hendaklah dikafan dengan apa jua jenis kain yang harus dipakainya  semasa ia hidup. Tetapi kain yang baik untuk dikafan ialah, kain yang putih bersih, kain yang diperbuat dari kapas, kain tebal dan tidak mahal harganya.

9- Hukum sembahyang mayat  jenazah adalah fardhu kifayah sekalipun dilakukan oleh seorang lelaki yang mumaiyyiz. Terdapat tujuh rukun sembahyang jenazah iaitu niat, berdiri bagi yang berkuasa, takbir empat kali termasuk takbir ratul Ihram, membaca surah al-Fatihah selepas takbir pertama, berselawat ke atas Nabi Muhammad selepas takbir kedua, berdoa untuk si mati selepas takbir ketiga dan memberi salam selepas takbir yang keempat. 
 
10-  Hukum mengebumikan jenazah ialah fardhu kifayah. Ahli fekah memberi pengertian kubur sebagai satu lubang yang digali yang boleh menghalang keluarnya bau busuk mayat yang boleh menyakiti orang-orang yang hidup dan boleh mencegah binatang buas daripada menggalinya untuk memakan mayat berkenaan setelah ia ditimbus atau ditutup dengan tanah.
 
       Sesi kedua pula ialah sesi praktikal. Pelajar-pelajar muslimin melakukan sesi praktikal bersama Ustaz Abdillah di dewan terbuka SMIDB manakal pelajar muslimat di Musolla bersama K.Dah. Bagi pelajar muslimin, adik Halimi dari kelas 1 Zaid Harithah telah menjadi model menjayakan slot praktikal mandi, kafan dan solat jenazah.
a) Praktikal Memandikan mayat

b) Praktikal Kafan Jenazah

c) Praktikal Solat Jenazah
 
[Bahagian pelajar MUSLIMAT]
 
         Diharapkan program ini dapat menarik minat para pelajar untuk mendalami ilmu agama dan memantapkan kefahaman mereka seterusnya dapat menanamkan cita-cita untuk melaksanakan tuntutan fardu kifayah. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program Kursus Pengurusan Jenazah ini.
 
Disediakan oleh: Cikgu Jamalluddin Jusoh

Read More !