PANTAI KDRP KEMASIK : Pihak SMIDB telah berjaya menganjurkan program Rehlah Tarbawi 2011 kepada semua pelajar dan guru-guru. Program ini adalah program tahunan SMIDB yang diatur bagi semua pelajar . Menurut Pengarah Program , Ustaz Mohammad Shafie b Ismail program ini bermatlamatkan untuk merapatkan hubungan sesama guru dan pelajar, merehatkan minda dan membina kekuatan jasmani. Beliau amat berbesar hati kerana penganjuran pada tahun ini berjaya mencapai matlamat tersebut.
"Rehlah tarbawi seumpama ini insyaallah membantu menghilangkan stress dan tekanan belajar disamping membina dan mengukuhkan ikatan sesama pelajar dan guru, saya harapkan program ini dapat dijalankan lagi untuk masa-masa akan datang " tegas Ustaz Shafie.
" para pelajar akan terus ceria untuk menimba ilmu di SMIDB insya Allah " kata Pengetua Cikgu Abdul Latif bin Muda sambil terseyum bangga kerana program berjalan dengan lancar.
Pelbagai acara dan aktiviti di jalankan sepanjang sehari rehlah ini. Jelas terpancar wajah-wajah kecerian dan kegermbiraan dikalangan para pelajar. Setelah berhempas pulas menuntut ilmu, berehat sebentar di pantai ini melepaskan keletihan minda. Tahniah buat anda semua.
Program seumpama ini akan diatur lagi untuk masa-masa yang akan datang, semoga para pelajar SMIDB lebih berjaya dan bersemangat untuk menuntut ilmu.
PINANG MERAH 17 FEB : SMIDB telah berjaya menganjurkan program Merentas Desa SMIDB bagi sesi 2011.Semua pelajar terlibat dengan berjaya melalui track/laluan yang telah disediakan oleh Pengarah Merentas Desa SMIDB Ustaz Mazlan b Nawi.
Para pelajar telah didedahkan dengan track/laluan ini pada petang Ahad 15 Feb , mereka menjalani latihan ringan untuk membiasakan diri dengan track ini dan seterusnya menguatkan stamina.
Menurut Pengarah Program Ustaz Mazlan b Nawi, program merentas desa ini bukan sekadar dijadikan program tahunan , tetapi bermatlamatkan untuk memantapkan jasmani dan rohani para pelajar. Mereka didedahkan dengan aktiviti luar ini supaya pelajar terdedah dengan aktiviti-aktiviti pembinaan diri.
Tahniah kepada pelajar yang berjaya memenangi acara ini dan kepada yang belum berjaya lagi, teruskan usaha untuk berjaya pada masa akan datang.
Posted by
Admin SMIDB at 9:15:00 PM
|
PINANG MERAH 1 Mac : "untuk berjaya anda mesti menguatkan pergantungan diri kamu dengan Allah SWT..." tegas Al Fadhil Ustaz Saiful Bahri b Mamat selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah SMIDB.
Program ini adalah satu kanan yang dianjurkan oleh SMIDB untuk terus membina kecemerlangan para pelajarnya.
Program bermula seawal jam 7.00 malam yang dikelolakan oleh PPSMIBD [Persatuan Pelajar SMIDB] dengan ucapan pengarah program dan solat Maghrib.
Selepas Solat Maghrib, para pelajar mendengar ucapan dan motivasi daripada alfadhil Ustaz Saiful Bahri b Mamat yang bertajuk Remaja dan Jati Diri Muslim.
Majlis diteruskan dengan solat Isya dan SOLAT HAJAT PERDANA yang diimamkan oleh alfadhil Ustaz Saiful.
Sekitar jam 10 malam, majlis bersurai dan jamuan disediakan untuk semua pelajar dan tetamu yang hadir
Posted by
Admin SMIDB at 6:59:00 PM
|
Assalamualaikum.
Saya mewakili pihak webmaster dan pengendali weblog SMIDB memohon jutaan kepada pembaca setia blog ini kerana kesulitan pihak kami mengupdate blog ini.
Insya Allah terdekat kami akan update.
Terima kasih.
Team IT SMIDB 2011