MAKLUMAT PENTING

FACEBOOK RASMI SEKOLAH

Showing posts with label Akitiviti. Show all posts
Showing posts with label Akitiviti. Show all posts

GOTONG ROYONG PERDANA SMIDB 2015

|

Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, program gotong royong perdana anjuran MPIBG SMIDB diadakan pada 23 Mei 2015.

Alhamdulillah. Cuaca sangat baik membolehkan aktiviti gotong royong berjalan dengan lancar.

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua guru-guru dan ibu bapa yang hadir bagi memeriahkan program. Tidak dilupakan juga anak-anak pelajar yang turut sama-sama membantu dalam membersihkan kawasan sekolah. Hanya Allah yang dapat membalas pengorbanan masa dan tenaga yang diberikan.

Akhir kata, diharapkan semoga lebih ramai ibu bapa yang melibatkan diri dalam semua program yang dianjurkan oleh sekolah bagi mengeratkan ukhuwah antara ibu bapa dan guru.















Read More !

Penutupan Program Usrah 2012

|


SMIDB, 5 SEPTEMBER 2012 – Penutupan program usrah bersama kesemua pelajar telah dijayakan dengan sempurna bermula sekitar jam 3.30 petang. Ianya melibatkan pelajar dan beberapa anggota pengajar dan dibahagiakan secara berkumpulan yang didedahkan dengan isu yang berkaitan dengan semasa dan terkini. Selain daripada itu,penekanan diberikan melalui nasihat, pandangan, cerita yang dijadikan sebagai pengajaran dan luahan permasalahan yang berlaku dalam kehidupan. Melalui program ini, ianya melibatkan emosi dan mental para pelajar untuk memperbaiki diri daripada yang lebih baik daripada sebelumnya. Program ini dapat memberi pendedahan bertapa indahnya hidup berusrah.







Read More !

Program Mukhayyam 2012

|


Bertempat di belakang SMIDB pada  5 – 7 JULAI 2012, telah diadakan satu program Mukhayyam bertujuan untuk memantapkan sahsiah kehidupan dan kerohanian para pelajar yang terbabit. Hal ini dapat memberi pendedahan yang berguna kepada mereka supaya lebih yakin di masa akan datang . Antara aktiviti yang telah diadakan ialah night walk, merentas hutan, masakan hutan, orienteering, laluan berhalang, pertandingan memasak, dan pertandingan keceriaan khemah. Keseronokan dapat dirasai sepanjang aktiviti dijalankan dan turut membabitkan beberapa anggota guru dalam merealisasikan dengan jayanya program tersebut. Selain daripada aktiviti yang membabitkan kawasan luar, penambahan aktiviti lain juga diadakan seperti program qiamullail, bacaan Ma’thurat, tazkirah dan halaqah Al-Quran (tahfiz). Akhir sekali majlis diakhiri dengan perasmian penutupan program mukhayyam.










Read More !

Merentas Desa 2012

|

SMIDB- Pada 06 Februari 2012 telah diadakan latihan merentas desa bagi mengenal pasti di mana laluan track yang akan di lalui ketika hari merentas desa diadakan pada 09 Februari 2012. Semua pelajar dan guru terlibat bagi melaksanakan aktiviti ini dengan lancarnya. Guru-guru akan mengawal @ memantau pelajar-pelajar sepanjang sesi merentas desa ini. Setiap check point guru yang terlibat akan memastikan pelajar-pelajar selamat.


Semua pelajar berkumpul sebelum memulakan Program Merentas Desa SMI Darul Bayan 2012.



Ustaz Azali memberi sedikit penerangan mengenai program ini.



Pelajar-pelajar membuat senaman ringan.
 Senaman ringan amat penting sebelum melakukan apa-apa aktiviti sukan. 





 Pelajar-pelajar berbaris di check point pertama




Pengetua juga turun padang ketika program ini dijalankan.



 Gelagat pelajar-pelajar merentas desa.












 Pelajar-pelajar yang telah sampai di check point penamat.




 Pelajar-pelajar berehat setelah kepenatan merentas desa.



 Guru-guru juga berehat sebelum memulakan acara penutup program merentas desa SMIDB 2012.



 Pengetua En.Abdul Latif B. Muda memberi ucapan ketika acara penutup program ini.



 Hadiah cabutan bertuah juga di adakan bg memeriahkan lagi suasana.




 Pemenang dalam acara merentas desa mendapat medal dan hamper.




 Walaupun kepenatan merentas desa, pelajar-pelajar masih tersenyum dan seronok dapat melibatkan diri dalam program ini.



  Program di akhiri dengan bacaan doa.









Read More !