MAKLUMAT PENTING

FACEBOOK RASMI SEKOLAH

Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

SAMBUTAN HARI GURU SMIDB 2015

|

Alhamdulillah. Tanggal 17 Mei 2015, Sekolah Menengah Islam Darul Bayan telah mengadakan Sambutan Hari Guru 2015 anjuran Badan Pengawas SMIDB 2015, bertemakan "Guru: Membina ilmu, Menyempurnakan Akhlak".

Majlis berjalan dengan lancar, bermula pada jam 7.30 pagi dengan aktiviti sukaneka untuk guru-guru.

Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan sambutan ini.








Read More !

Aktiviti Rumah Sukan 2012

|

SMIDB- Pada 04 Mac 2012 telah diadakan aktiviti sukan antara rumah-rumah. Terdiri daripada rumah Hijau,Biru, Kuning dan Merah. Pelajar-pelajar diwajibkan terlibat dengan aktiviti ini. Semua pelajar memakai baju warna rumah masing-masing bagi menunjukkan mereka mewakili rumah tersebut. Di sini menunjukkan kekemasan dan berdisiplin pelajar-pelajar ini.

Antara aktiviti sukan yang dipertandingkan ialah lompat jauh, lari berganti-ganti, bola sepak, bola jaring, pingpong dan badminton. Ditambahkan juga dengan satu aktiviti  tambahan keceriaan antara rumah-rumah. Setiap rumah diberi satu kanopi untuk menghias dan setiap rumah perlu menyediakan sepanduk. Keceriaan, kebersihan dan kekemasan akan dinilai.

Bagi pemenang-pemenang dalam acara sukan, pelajar akan mendapat medal sebagai tanda kejayaan. Bagi pemenang keseluruhan antara rumah mereka mendapat trofi sebagai tanda kejayaan ianya jatuh kepada rumah Hijau. Tahniah di ucapakan kepada rumah Hijau.



Pelajar-pelajar berkumpul di hadapan sekolah dan membuat persiapan.




Berbaris di padang sekolah dengan sepanduk masing-masing.



Perasmian dan ucapan dari pengetua sekolah, En. Abd. Latif  dan  pengerusi sekolah Ust. Saiful Bahri sebelum memulakan aktiviti sukan.



Lompat jauh. 


Larian.



Rehat dan menunggu acara penutup.




Pemenang-pemenang dari rumah masing-masing




Penyampaian hadiah. Rumah Hijau adalah pemenang keseluruhan sukan antara rumah-rumah.




Read More !

Banner Sambutan Hari Guru 2011

|

Read More !

Suasana pelajar SMIDB mengikuti OTI 1 / Ujian Penilaian 1

|



PINANG MERAH 7 Mac : Pelajar selesai menjalani sesi OTI yang pertama dengan jayanya.Pihak sekolah mengharapkan supaya ujian pertama ini menjadi titik tolak kepada perkembangan pelajar kearah membina kecemerlangan di SMIDB.

Kami para guru dan pendidik di SMIDB sentiasa mendoakan kecemerlangan pelajar. Semoga kecemerlangan akedemik seiring dengan akhlak dan syakhsiah muslim .Insha Allah.


Pelajar tekun menjawab soalan








Pengetua, Yg Berbahagia Cikgu Latif memberika sokongan moral kepada pelajar untuk menjawab soalan.

Teruskan membina kecemerlangan dan kejayaan kalian di SMIDB

Read More !

Sambutan Hari Guru 2010

|

Hari: Khamis
Tarikh: 1 Julai 2010
Masa: 7.30 Malam
Tempat: Dataran Huffaz Darul Bayan

Read More !

Perjumpaan Ibubapa & SMIDB serta Peyerahan Keputusan Exam

|

Hari: Khamis
Tarikh: 1 Julai 2010
Masa: 9.30 Pagi
Tempat: Dewan Seminar Darul Bayan

Read More !

Kem Jejak Huffaz

|

Hari: Khamis-Ahad
Tarikh: 3-6 Jun 2010
Tempat: Rumbia Resort, Paka


Read More !

Hari Tarbiyyah 2010

|

Hari: Khamis
Tarikh: 22 April 2010
Tempat: Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan


Read More !

Kursus Pintar Jawi 2010

|

Hari: jumaat & Sabtu
Tarikh: 16&17 April 2010
Tempat: Dewan Seminar Darul Bayan, Paka


Read More !

Program Merentas Desa 2010

|

Hari: Khamis
Tarikh: 11 Februari 2010
Tempat: Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan, Paka

Alhamdulillah,dipanjatkan berjuta kesyukuran kehadrat Allah Taala kerana diberi peluang untuk melaksanakan acara tahunan smidb iaitu acara merentas desa yang julung kalinya dilaksanakan pada 11 Februari 2010.Merentas desa ini merupakan muqaddimah atau acara pembukaan bagi acara Sukan Tahunan sekolah yang dijangka akan berlangsung pada bulan Julai akan datang. Penyertaan acara ini juga melibatkan para pelajar Maahad Tahfiz Darul Bayan.

Signifikasinya ialah untuk merapatkan lagi ukhuwwah sesama pelajar mahupun di kalangan tenaga pengajar, di samping bertujuan menyihatkan fizikal dan mental. Jutaan terima kasih kepada Unit Amal kerana dengan usahasama mereka yang telah berganding bahu dengan para tenaga pendidik di sini,maka acara ini dapat dilangsungkan dengan jayanya. Acara ini diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah oleh Pengarah Program iaitu Ustaz Mohd Aruddin bin Nawi.










Read More !