MAKLUMAT PENTING

FACEBOOK RASMI SEKOLAH

Pengenalan

|
Pengenalan

Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB) adalah sebuah institusi Sekolah Agama Rakyat. Ia di bina hasil sumbangan umat Islam yang perihatin demi kecemerlangan pendidikan Islam.

SMIDB merupakan salah satu rangkaian institusi pendidikan yang bernaung di bawah Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan yang  berpusat di Paka, Terengganu. Ia berhasrat menjadi alternatif kepada masyarakat dalam bidang pendidikan bagi melahirkan generasi muslim berakhlak cemerlang di dunia dan akhirat berlandaskan Al-Quran.

Sejarah Penubuhan

Berpaksikan Masjid Tradisional yang telah berusia lebih 100 tahun di Kampung Pinang Merah, Paka, dibina sebuah pusat pengajian pondok (Pondok Pinang Merah) kelolaan Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan pada 1414H bersamaan 1992M yang terus beroperasi sehingga kini. Seterusnya sebuah Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Bayan (MTAQDB) di wujudkan bagi pengkhususan hafalan Al-Quran pada tahun 1998. Atas permintaan masyarakat setempat, pada tahun 2002, Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB) ditubuhkan di tengah Pekan Paka yang menawarkan pendidikan Intergrasi antara Syariah dan konvensional. Selepas 8 tahun para pelajar di didik di SRIDB, kini tibalah masanya kami mewujudkan SMIDB bagi meneruskan sistem pengajian dan pendidikan kepada pelajar kami serta masyarakat Islam keseluruhannya.

SMIDB pada sesi pertama 2010

Tanggal 17 Muharram 1431H bersamaan 3 Januari 2010M menjadi sejarah buat SMIDB kerana telah menerima 25 orang pelajar sulong yang akan memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2010. Mereka ini dibahagikan kepada dua kelas yang berasingan, lelaki dan perempuan. Buat masa ini mereka menumpang belajar di bangunan MTAQDB. Semua pelajar ini diwajibkan tinggal di asrama. SMIDB mempunyai 4 orang tenaga pengajar tetap dan 5 orang tenaga pengajar bantuan serta seorang Pengetua yang mentadbir SMIDB dan MTAQDB.

SMIDB sesi kedua 2011

Pada sesi kedua, pelajar dan staff SMIDB telah bertambah dan perkembang baik daripada ibu bapa untuk menghantar anak mereka disambut baik oleh pihak pengurusan Darul Bayan.

Pada sesi ini, jumlah pelajar ialah seramai 168 orang dan staffnya 17 orang. Peningkatan staff adalah selari dengan peningkatan para pelajar dan keperluan yang semakin bertambah pada sesi ini. Para pelajar telah menduduki bangunan 3 tingkat berkembar yang baru. Kelas dan kelengkapan pelajar yang semakin baik dari pengurusan Darul Bayan mampu  memberikan keselesaan kepada para pelajar.