MAKLUMAT PENTING

FACEBOOK RASMI SEKOLAH

Kem Jejak Huffaz 2012

|


SMIDB dan Lagoona Cherating Resort, ( 24-29 MEI 2012  ) - Kem Jejak Huffaz diadakan bertujuan untuk membina Jilul Quran (generasi al-quran) selaras dengan kemodenan semasa, menerapkan perasaan cinta akan Al-Quran dalam diri setiap peserta, melatih para peserta supaya menghidupkan bia’ah solehah dan bia’ah al-quran dalam kehidupan sebagai huffaz di SMIDB, mempertingkatkan dan memperkemaskan mutu hafalan peserta, merapatkan ukhuwwah antara para pelajar dan para asatizah, serta menenangkan fikiran para peserta Akademik Tahfiz dan Tahfiz Sepenuh Masa.

Antara program yang dijalakan sepanjang kem huffaz dijalankan ialah ceramah motivasi Al- Quran bersama Ustaz Assyaari Anuar, zikir munajat diketuai oleh Ustaz Mohammad Mizan Bin Mohd Nor, ceramah isu palestin oleh Aqsa Syariff, halaqah Quran dan lain-lain lagi.

Dengan jayanya Majlis penutupan kem hujjaz telah dirasmikan oleh semua guru halaqah yang melibatkan diri.  Akhir kata, kami mengucapkan Jazakallahhu Khair kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini dan dikira sebagai amal soleh.




P/s:Admin akan update gmbr dari mase ke semase..

Read More !