INFO PENTING

MAKLUMAN PENTING

MAKLUMAN PENTING

FACEBOOK RASMI SEKOLAH

PROGRAM "TAMRIN GURU SMIDB 2013"

|

Bismillahirrahmanirrahim...

Berikut merupakan maklumat program
 
Program: "TAMRIN GURU SMIDB tahun 2013"
Tarikh: 21-23 Februari 2013 (Khamis-Sabtu)
Tempat: Angulia Beach Resort, Rantau Abang, Dungun, Terengganu.

 Objektif
 
 Melahirkan guru – guru di Sekolah Menengah Islam Darul Bayan yang cemerlang melalui;
  1. Pengukuhan NIAT – bekerja kerana ALLAH SWT
  2. Pemantapan TARBIYYAH – merangkumi tarbiyyah jasadiyyah, tarbiyyah ruhiyyah, tarbiyyah aqliyyah dan tarbiyyah siyasiyyah
  3. Memperhebatkan UKHUWWAH antara guru seiring dengan moto sekolah serasi, selangkah dan seimpian.
 Antara aktiviti-aktiviti yang menarik

 Pembentangan kumpulan-kumpulan guru
 
 Guru-guru sibuk membuat perbincangan dalam kumpulan
 
 Aktiviti Kayak (Explorace atas tasik)
 
 Kuliah yang disampaikan oleh ustaz-ustaz yang 'Alim dan berkaliber
 
 Guru-guru menunjukkan daya kreativiti masing-masing dalam aktiviti ini
 
 Hasil krativiti setiap kumpulan
 
 Berakit-rakit dahulu, berenang-renang ketepian..
Bersakit-sakit dahulu, Bersenang-senang kemudia...

Read More !

Merentas Desa SMIDB 2013

|

Bismillahirrahmanirrahim
 
MERENTAS DESA SMIDB diadakan pada
6 Februari 2013
 
pelajar dilepaskan untuk merentas desa
 
'checkpoint' yang dijaga oleh ustaz-ustaz

Read More !

KEM KEPIMPINAN TARBAWI S.M.A.R.T 2013

|

Bismillahirrahmanirrahim,...
MUQADDIMAH
Pengawas Sekolah dan Exco Asrama merupakan pemimpin muda di sekolah mahupun Asrama. Mereka menjadi harapan pelajar, staff dan guru Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB) kerana mereka juga merupakan bakal kepimpinan negara pada masa akan datang.

Justeru, fikrah Ppemimpin muda SMIDB perlu diselaraskan dan tenaga mereka perlu digembelengkan sebagai langkah awal persedian untuk memimpin, di mana ianya mestilah berlandaskan kepada ajaran islam yang syumul.

Justeru, Badan Disiplin SMIDB akan menganjurkan Kem Kepimpinan Tarbawi SMART Pengawas SMIDB bagi mencapai matlamat ini.

OBJEKTIF
1. Melahirkan pemimpin yang tabah dan cekal serta sabar dalam menghadapi apa jua cabaran yang datang semasa menjalankan tugas atau di dalam kehidupan rutin.

2. Menanamkan sikap kepimpinan yang baik serta amanah, sabar, yakin dan sebagainya dalam menjalankan tugas sebagai pengawas.

3. Memberikan bimbingan kepada kumpulan sasaran supaya sentiasa bekerjasama di dalam kumpulan atau apa jua situasi yang memerlukan kerjasama di antara mereka.

4. Menjadi medan yang terbaik untuk membina dan mengukuhkan lagi Ukhuwah Islamiyyah dikalangan pengawas.

TEMA
"S.M.A.R.T"
  • Sahsiah diri dijaga
  • Menjaga disiplin diri dan masa
  • Amanah
  • Rajin berusaha dan berfikir
  • Tarbiyyah
ANJURAN
Badan Disiplin dan Pengawas SMIDB & Badan Bimbingan dan Kaunseling SMIDB
serta dengan kerjasama dari
KELAB FASILITATOR MAHASISWA ISLAM DUNGUN

GAMBAR SEPANJANG KEM KEPIMPINAN TARBAWI SMART:
 
Ucapan Aluan dari Ustaz Mohd Ridza bin Mohd Adnan
(Guru Pengawas/Guru Disiplin)
 
Taklimat program oleh Pengarah Kem, Cikgu Nur Fadlillah binti Muhamad Nazar
(Setiausaha Badan Disiplin dan Pengawas SMIDB)
 
Sebahagian aktiviti yang dijalankan
 

Fasilitator yang telibat dalam Kem Kepimpinan ini
 
Guru-guru yang terlibat secara langsung dalam kem ini.
 
 
Kesimpulan dari kem ini,
 
KEM KEPIMPINAN TARBAWI PENGAWAS SMIDB yang dirancang ini berjaya mencapai objektif dengan baik. Kerjasama dan sokongan dari semua pihak yang terlibat amatlah dihargai.


Read More !