MAKLUMAT PENTING

FACEBOOK RASMI SEKOLAH

KEM KEPIMPINAN TARBAWI S.M.A.R.T 2013

|
Bismillahirrahmanirrahim,...
MUQADDIMAH
Pengawas Sekolah dan Exco Asrama merupakan pemimpin muda di sekolah mahupun Asrama. Mereka menjadi harapan pelajar, staff dan guru Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB) kerana mereka juga merupakan bakal kepimpinan negara pada masa akan datang.

Justeru, fikrah Ppemimpin muda SMIDB perlu diselaraskan dan tenaga mereka perlu digembelengkan sebagai langkah awal persedian untuk memimpin, di mana ianya mestilah berlandaskan kepada ajaran islam yang syumul.

Justeru, Badan Disiplin SMIDB akan menganjurkan Kem Kepimpinan Tarbawi SMART Pengawas SMIDB bagi mencapai matlamat ini.

OBJEKTIF
1. Melahirkan pemimpin yang tabah dan cekal serta sabar dalam menghadapi apa jua cabaran yang datang semasa menjalankan tugas atau di dalam kehidupan rutin.

2. Menanamkan sikap kepimpinan yang baik serta amanah, sabar, yakin dan sebagainya dalam menjalankan tugas sebagai pengawas.

3. Memberikan bimbingan kepada kumpulan sasaran supaya sentiasa bekerjasama di dalam kumpulan atau apa jua situasi yang memerlukan kerjasama di antara mereka.

4. Menjadi medan yang terbaik untuk membina dan mengukuhkan lagi Ukhuwah Islamiyyah dikalangan pengawas.

TEMA
"S.M.A.R.T"
  • Sahsiah diri dijaga
  • Menjaga disiplin diri dan masa
  • Amanah
  • Rajin berusaha dan berfikir
  • Tarbiyyah
ANJURAN
Badan Disiplin dan Pengawas SMIDB & Badan Bimbingan dan Kaunseling SMIDB
serta dengan kerjasama dari
KELAB FASILITATOR MAHASISWA ISLAM DUNGUN

GAMBAR SEPANJANG KEM KEPIMPINAN TARBAWI SMART:
 
Ucapan Aluan dari Ustaz Mohd Ridza bin Mohd Adnan
(Guru Pengawas/Guru Disiplin)
 
Taklimat program oleh Pengarah Kem, Cikgu Nur Fadlillah binti Muhamad Nazar
(Setiausaha Badan Disiplin dan Pengawas SMIDB)
 
Sebahagian aktiviti yang dijalankan
 

Fasilitator yang telibat dalam Kem Kepimpinan ini
 
Guru-guru yang terlibat secara langsung dalam kem ini.
 
 
Kesimpulan dari kem ini,
 
KEM KEPIMPINAN TARBAWI PENGAWAS SMIDB yang dirancang ini berjaya mencapai objektif dengan baik. Kerjasama dan sokongan dari semua pihak yang terlibat amatlah dihargai.


No comments:

Post a Comment