MAKLUMAT PENTING

FACEBOOK RASMI SEKOLAH

GOTONG ROYONG PERDANA SMIDB 2015

|

Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, program gotong royong perdana anjuran MPIBG SMIDB diadakan pada 23 Mei 2015.

Alhamdulillah. Cuaca sangat baik membolehkan aktiviti gotong royong berjalan dengan lancar.

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua guru-guru dan ibu bapa yang hadir bagi memeriahkan program. Tidak dilupakan juga anak-anak pelajar yang turut sama-sama membantu dalam membersihkan kawasan sekolah. Hanya Allah yang dapat membalas pengorbanan masa dan tenaga yang diberikan.

Akhir kata, diharapkan semoga lebih ramai ibu bapa yang melibatkan diri dalam semua program yang dianjurkan oleh sekolah bagi mengeratkan ukhuwah antara ibu bapa dan guru.















Read More !

SAMBUTAN HARI GURU SMIDB 2015

|

Alhamdulillah. Tanggal 17 Mei 2015, Sekolah Menengah Islam Darul Bayan telah mengadakan Sambutan Hari Guru 2015 anjuran Badan Pengawas SMIDB 2015, bertemakan "Guru: Membina ilmu, Menyempurnakan Akhlak".

Majlis berjalan dengan lancar, bermula pada jam 7.30 pagi dengan aktiviti sukaneka untuk guru-guru.

Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan sambutan ini.








Read More !

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA SMIDB 2015

|


Dijemput semua ibu bapa untuk hadir bagi memeriahkan program ini.

Read More !