INFO PENTING

MAKLUMAN PENTING

MAKLUMAN PENTING

[DOWNLOAD] BORANG PENYERTAAN KEM PRA TAHFIZ

|

KEM CUTI SEKOLAH TAHUN 2014
 
PENDAFTARAN BERMULA PADA PUKUL
8.00 Pagi- 12 Tengahari
 

boleh terus DOWNLOAD pautan di bawah ini:
 
Peralatan yang perlu dibawa:
  1. Al-Quran
  2. Kasut sukan
  3. Selimut & cadar
  4. Peralatan mandi
  5. Gelas
  6. Cebok/gayung
  7. pakaian untuk 10 hari (baju yang MENUTUP AURAT)

Read More !

PENGAMBILAN PELAJAR BARU TINGKATAN 1 SESI 2014

|

Bismillahirrahmanirrahim
(Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang)

  1. Bagaimanakah cara untuk memohon ke Sekolah Menengah Islam Darul Bayan(SMIDB)?
    Untuk permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 ke SMIDB, anda perlu mengisi Borang Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Islam Darul Bayan selepas keputusan UPSR diumumkan.
  2. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon ke SMIDB?
    - Warganegara Malaysia dan beragama Islam.
    - Boleh membaca dan menulis dalam tulisan Jawi atau Rumi
    - Boleh membaca Al-Quran dengan lancar.
    - Calon yang menduduki UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) tahun semasa.
    - Memperolehi sekurang-kurangnya 3A 2B dalam UPSR.
    ** Serta LULUS TEMUDUGA SMIDB**
  3. Adakah kemasukan ke SMIDB memerlukan Ujian Khas?
    Selepas keputusan UPSR diumumkan dan menghantar borang permohonan, calon-calon yang mencukupi syarat akan dipanggil untuk menduduki Ujian Khas seperti;
    Ujian Temuduga atau Ujian membaca atau Ujian menulis dan membaca Jawi atau Ujian Hafazan Quran (Bagi Permohonan Tahfiz).
  4. Di mana borang permohonan boleh diambil?
    Borang permohonan boleh diambil di pejabat Sekolah Menengah Islam Darul Bayan atau diambil secara muat turun borang di laman blog (http://smidarulbayan.blogspot.com)
  5. klik pautan borang permohonan dibawah ini:
    https://docs.google.com/file/d/1to1_14Svg7ffiWPhSzPC6bvFkCu-pZYIGHil3Nt-KWLOD9SL4RvvxjmLenYa/edit?usp=sharing


    seterusnya hendaklah di hantar kepada:
    Bahagian Kemasukan Pelajar SMIDB,
    Sekolah Menegah Islam Darul Bayan,
    Kampung Pinang Merah,
    23100 Paka, Dungun,
    Terengganu Darul Iman.


    Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi:
    PEJABAT SMIDB (Cik Maizatul Akma) : 09-8272677
    PENGETUA SMIDB (Ustaz Jamaludin bin Jusoh) : 019-9156365
    PENOLONG KANAN HEM (Puan Mahani bt Ibrahim)  : 019-9335359

Read More !

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH SMIDB 2013

|

Assalamualaikum WBT

Firman Allah SWT yang bermaksud,
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai kematian"

 
           Mati ialah berlakunya perpisahan diantara roh dan jasad. Apabila roh yang berada di dalam jasad manusia ditarik keluar oleh Malaikat 'Malakulmaut' maka matilah manusia itu. Semua makhluk yang bernyawa pasti akan merasai dan mengalami kematian . Mati tidak dapat dielakkan. Kita tidak tahu bila kita akan mati. Oleh itu, kita perlulah sentiasa mengingati akan kematian. Dengan mengingatinya, kita akan menyedari betapa pentingnya untuk lebih beramal, beribadat kepada Allah SWT serta melakukan pelbagai kebaikan. Semoga dengan demikian kita akan selamat di dunia dan di akhirat.    
-------------------------------------------------------------------------------------------
       Pada 11 November 2013 (Isnin) bersamaan 8 Muharam 1435 H, pihak sekolah telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Peringkat Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB) bermula 8.00 pagi hingga 1 petang. 
 
       Kursus pengurusan jenazah ini diadakan bertujuan untuk memantapkan tahap kefahaman pelajar terhadap konsep pengurusan jenazah sebagai satu tuntutan fardhu kifayah. Selain itu, memberi pendedahan secara teori dan praktikal secara langsung kepada pelajar serta memberi pendedahan dan pengalaman belajar sebagai langkah awal untuk melaksanakan tuntutan ini dalam keluarga dan masyarakat.
       Kursus pengurusan jenazah terbahagi kepada dua sesi. Sesi pertama dimulakan dengan sesi penerangan secara teori kepada para pelajar yang telah disampaikan oleh Ustaz Abdillah yang merupakan tenaga pengajar dari Pondok Darul Bayan.
 
       Antara pengisian yang telah disampaikan ialah :
1- Hukum menguruskan jezanah adalah Fardhu Kifayah.
 
2- Pengurusan jenazah adalah meliputi perkara-perkara berikut iaitu mandi, kafan, sembahyang dan tanam (kebumi).
3- Sebagai seorang Islam dan saudara seiman, kita mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap seseorang. Di antara hak dan tanggungjawab yang dimaksudkan itu ialah menziarahi orang sakit. 
 
4- Hukum menziarahi orang sakit ialah sunat Muakkad berdasarkan pendapat Imam Nawawi .
5- Pengurusan orang yang sakit tenat pula, sunat dilakukan perkara-perkara berikut antaranya ialah, meletakkan ia menghadap kiblat, ajarkan ia dengan kalimah tauhid (Lailahaillah Muhammadul Rasulullah), titik air sejuk ke dalam mulutnya beberapa titik dan baca surah Yaasin disisnya.
6- Mencium dan mengucup wajh si mati adalah harus bagi keluarga si mti dan sahabat handainya. Tempat yang dikucup ialah bahagian muka, seperti dahi dan pipi. Tempat yangg paling utama dikucup ialah pada bahagian dahi tempat sujud.
 
7- Memandikan mayat ditakrifkan sebagai meratakan air ke seluruh badan dengan cara yang tertentu. 
 
8- Sekurang-kurang kafan ialah sehelai kain yang menutupi seluruh badan mayat. Mayat hendaklah dikafan dengan apa jua jenis kain yang harus dipakainya  semasa ia hidup. Tetapi kain yang baik untuk dikafan ialah, kain yang putih bersih, kain yang diperbuat dari kapas, kain tebal dan tidak mahal harganya.

9- Hukum sembahyang mayat  jenazah adalah fardhu kifayah sekalipun dilakukan oleh seorang lelaki yang mumaiyyiz. Terdapat tujuh rukun sembahyang jenazah iaitu niat, berdiri bagi yang berkuasa, takbir empat kali termasuk takbir ratul Ihram, membaca surah al-Fatihah selepas takbir pertama, berselawat ke atas Nabi Muhammad selepas takbir kedua, berdoa untuk si mati selepas takbir ketiga dan memberi salam selepas takbir yang keempat. 
 
10-  Hukum mengebumikan jenazah ialah fardhu kifayah. Ahli fekah memberi pengertian kubur sebagai satu lubang yang digali yang boleh menghalang keluarnya bau busuk mayat yang boleh menyakiti orang-orang yang hidup dan boleh mencegah binatang buas daripada menggalinya untuk memakan mayat berkenaan setelah ia ditimbus atau ditutup dengan tanah.
 
       Sesi kedua pula ialah sesi praktikal. Pelajar-pelajar muslimin melakukan sesi praktikal bersama Ustaz Abdillah di dewan terbuka SMIDB manakal pelajar muslimat di Musolla bersama K.Dah. Bagi pelajar muslimin, adik Halimi dari kelas 1 Zaid Harithah telah menjadi model menjayakan slot praktikal mandi, kafan dan solat jenazah.
a) Praktikal Memandikan mayat

b) Praktikal Kafan Jenazah

c) Praktikal Solat Jenazah
 
[Bahagian pelajar MUSLIMAT]
 
         Diharapkan program ini dapat menarik minat para pelajar untuk mendalami ilmu agama dan memantapkan kefahaman mereka seterusnya dapat menanamkan cita-cita untuk melaksanakan tuntutan fardu kifayah. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program Kursus Pengurusan Jenazah ini.
 
Disediakan oleh: Cikgu Jamalluddin Jusoh

Read More !

{IKLAN JAWATAN KOSONG 2014}

|

Bismillahirrahmanirrahim
(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)
 
Dimaklumkan terdapat beberapa jawatan kosong di sekolah kami untuk tahun 2014,
 
 

 

 
Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
 
  1. Guru Akademik Menengah Rendah (Tingkatan 1, 2 & 3) mengikut subjek:
    • Bahasa Inggeris
    • Bahasa Arab
    • Matematik
    • Sains
    • Sejarah
    • Geografi
    • Pendidikan Islam
    • Kemahiran Hidup Bersepadu
  2. Guru Akademik Menengah Atas (Tingkatan 4 & 5) mengikut subjek:
    • Bahasa Inggeris
    • Bahasa Arab
    • Sejarah
    • Ekonomi
    • Perdagangan
    • Pendidikan Al-Quran Sunnah
    • Pendidikan Syariah Islamiyyah
    • Matematik
    • Sains
  3.  Guru Tahfiz Al-Quran Lelaki
  4.  Guru Syariah Lelaki & Perempuan
    (Memiliki diploma/ijazah dalam bidang agama seperti bahasa arab/syariah/usuluddin)


    SYARAT PERMOHONAN:

    i) Warganegara Malaysia
    ii) Berumur 18 tahun dan keatas
    iii) Memiliki Diploma atau Ijazah atau kedua-duanya sekali yang bersesuaian.
    iv) Meminati dalam kerjaya sebagai guru
    v) Berusaha memberi komitmen sepenuhnya dengan SMIDB


    CARA MEMOHON:Hantarkan RESUME dan SURAT SOKONGAN memohon jawatan guru ke Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB) ini kepada;

    PENGETUA,
    SEKOLAH MENENGAH ISLAM DARUL BAYAN,
    KAMPUNG PINANG MERAH,
    23100 PAKA, DUNGUN,
    TERENGGANU DARUL IMAN.

    ATAU

    EMAIL:
    it.smidb@gmail.com

    ** Tunggu sehingga anda dihubungi untuk proses temuduga.

    Sekian, Terima kasih.
 

Read More !

MAJLIS PENGHARGAAN PIMPINAN PELAJAR SESI 2013

|

Bismillahirrahmanirrahim...
 
Assalamualaikum WBT
Di saat yang mulia ini, marilah sama-sama kita zahirkan rasa syukur kita kepada Allah S.W.T atas segala nikmat kurnianNya dan perbanyakkan selawat dan salam kita kepada Rasulullah s.a.w.. sebagai tanda rasa cinta kita kepada Baginda..

Para pengunjung dan pembaca yang dikasihi Allah,
Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi singgah ke Laman Blog SMIDB ini..
Semoga kunjungan tuan puan,muslimat muslimat dan saudara saudari sekalian dirahmati Allah...
 
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat.” (QS. An-Nisa’: 58)

Makluman buat semua,
 
Pada 14 Oktober 2013 bersamaan 9 Zulhijjah 1434 Hijrah, Badan Disiplin Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB) telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan semua pemimpin-pemimpin pelajar yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Exco Asrama dan Pengawas Perpustakaan.
PENGAWAS SEKOLAH 2013 (Muslimin)
PENGAWAS PERPUSTAKAAN 2013 (Muslimin)
PENGAWAS ASRAMA 2013 (Muslimin)
 
PENGAWAS SEKOLAH 2013 (Muslimat)
PENGAWAS PERPUSTAKAAN 2013 (Muslimat)
PENGAWAS ASRAMA 2013 (Muslimat)
 
Seperti yang kita sedia maklum,
Pengawas Sekolah,Pengawas Perpustakaan dan Exco Asrama merupakan pemimpin muda yang menjadi harapan buat semua pelajar, staff dan guru Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB) dalam menjadi role model kepada pelajar lain dari pelbagai aspek termasuk keperibadian, pencapaian akademik,keterampilan, pergaulan bersama masyarakat dan lain-lain. Meskipun tugas dan amanah yang dipikul agak berat dan mereka sibuk dengan hafalan al-Quran, tugasan akademik dan peperiksaan, namun pemimpin-pemimpin muda SMIDB mampu menjalankan amanah mereka dengan cemerlang dan menunjukkan sikap kepimpinan yang baik, sabar dan cekal dalam menjalankan tugas mereka sebagai pengawas.

Sepanjang sesi kepimpinan 2013 ini, mereka telah memberi kerjasama dan komitmen yang baik kepada pihak sekolah terutamanya dalam mengurus dan merancang program-program di peringkat sekolah. Antara program yang maasih segar diingatan semua ialah sambutan Hari Guru peringkat sekolah, sambutan Maulidur rasul, Minggu Pemerkasaan Solat (MPS), Temasya Sukan Sekolah dan lain-lain aktiviti. Selain itu juga, mereka kerap membantu dalam menguruskan jual beli makanan di koperasi sekolah, kebajikan dan aktiviti di asrama serta pengurusan pinjaman dan susun atur di perpustakaan sekolah.  .
 
Justeru, Majlis Jasamu Dikenang ini dianjurklan oleh para guru terutamanya guru-guru penasihat badan pengawas sebagai tanda melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada mereka. Majlis yang istimewa ini dimulakan dengan bacaan asMaul Husna oleh pelajar dan guru. Setelah itu ucapan daripada Ketua Pengawas, Saudara Tg Afdzal Afif, ucapan wakil Exco Asrama, Saudari Nur Husnina dan ucapan ketua pengawas perpustakaan, saudra Azemuddin. Ucapan diteruskan pula oleh guru-guru penasihat iaitu Cikgu Fadlillah, Ustaz Fairuz dan Cg Masniza. Ucapan terakhir disampaikan oleh Mudir Sekolah Menengah Islam Darul Bayan, Ustaz Jamaluddin Jusoh.

Majlis yang ditunggu-tunggu ialah penyerahan sijil penghargaan kepada semua pengawas sekolah, exco asrama dan pengawas perpustakaan. Sijil mereka telah disampaikan oleh Ustaz Jamaluddin Jusoh (Pengetua), Cg Hasliza Hashim (PK 1) dan Cg Mahani Ibrahim (PK Hem) sambil diiringi muzik gamelan.
 
 
 
Disediakan oleh,
Cg Jamalluddin Jusoh
Guru Disiplin SMIDB

Read More !