MAKLUMAT PENTING

FACEBOOK RASMI SEKOLAH

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH SMIDB 2013

|
Assalamualaikum WBT

Firman Allah SWT yang bermaksud,
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai kematian"

 
           Mati ialah berlakunya perpisahan diantara roh dan jasad. Apabila roh yang berada di dalam jasad manusia ditarik keluar oleh Malaikat 'Malakulmaut' maka matilah manusia itu. Semua makhluk yang bernyawa pasti akan merasai dan mengalami kematian . Mati tidak dapat dielakkan. Kita tidak tahu bila kita akan mati. Oleh itu, kita perlulah sentiasa mengingati akan kematian. Dengan mengingatinya, kita akan menyedari betapa pentingnya untuk lebih beramal, beribadat kepada Allah SWT serta melakukan pelbagai kebaikan. Semoga dengan demikian kita akan selamat di dunia dan di akhirat.    
-------------------------------------------------------------------------------------------
       Pada 11 November 2013 (Isnin) bersamaan 8 Muharam 1435 H, pihak sekolah telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Peringkat Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB) bermula 8.00 pagi hingga 1 petang. 
 
       Kursus pengurusan jenazah ini diadakan bertujuan untuk memantapkan tahap kefahaman pelajar terhadap konsep pengurusan jenazah sebagai satu tuntutan fardhu kifayah. Selain itu, memberi pendedahan secara teori dan praktikal secara langsung kepada pelajar serta memberi pendedahan dan pengalaman belajar sebagai langkah awal untuk melaksanakan tuntutan ini dalam keluarga dan masyarakat.
       Kursus pengurusan jenazah terbahagi kepada dua sesi. Sesi pertama dimulakan dengan sesi penerangan secara teori kepada para pelajar yang telah disampaikan oleh Ustaz Abdillah yang merupakan tenaga pengajar dari Pondok Darul Bayan.
 
       Antara pengisian yang telah disampaikan ialah :
1- Hukum menguruskan jezanah adalah Fardhu Kifayah.
 
2- Pengurusan jenazah adalah meliputi perkara-perkara berikut iaitu mandi, kafan, sembahyang dan tanam (kebumi).
3- Sebagai seorang Islam dan saudara seiman, kita mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap seseorang. Di antara hak dan tanggungjawab yang dimaksudkan itu ialah menziarahi orang sakit. 
 
4- Hukum menziarahi orang sakit ialah sunat Muakkad berdasarkan pendapat Imam Nawawi .
5- Pengurusan orang yang sakit tenat pula, sunat dilakukan perkara-perkara berikut antaranya ialah, meletakkan ia menghadap kiblat, ajarkan ia dengan kalimah tauhid (Lailahaillah Muhammadul Rasulullah), titik air sejuk ke dalam mulutnya beberapa titik dan baca surah Yaasin disisnya.
6- Mencium dan mengucup wajh si mati adalah harus bagi keluarga si mti dan sahabat handainya. Tempat yang dikucup ialah bahagian muka, seperti dahi dan pipi. Tempat yangg paling utama dikucup ialah pada bahagian dahi tempat sujud.
 
7- Memandikan mayat ditakrifkan sebagai meratakan air ke seluruh badan dengan cara yang tertentu. 
 
8- Sekurang-kurang kafan ialah sehelai kain yang menutupi seluruh badan mayat. Mayat hendaklah dikafan dengan apa jua jenis kain yang harus dipakainya  semasa ia hidup. Tetapi kain yang baik untuk dikafan ialah, kain yang putih bersih, kain yang diperbuat dari kapas, kain tebal dan tidak mahal harganya.

9- Hukum sembahyang mayat  jenazah adalah fardhu kifayah sekalipun dilakukan oleh seorang lelaki yang mumaiyyiz. Terdapat tujuh rukun sembahyang jenazah iaitu niat, berdiri bagi yang berkuasa, takbir empat kali termasuk takbir ratul Ihram, membaca surah al-Fatihah selepas takbir pertama, berselawat ke atas Nabi Muhammad selepas takbir kedua, berdoa untuk si mati selepas takbir ketiga dan memberi salam selepas takbir yang keempat. 
 
10-  Hukum mengebumikan jenazah ialah fardhu kifayah. Ahli fekah memberi pengertian kubur sebagai satu lubang yang digali yang boleh menghalang keluarnya bau busuk mayat yang boleh menyakiti orang-orang yang hidup dan boleh mencegah binatang buas daripada menggalinya untuk memakan mayat berkenaan setelah ia ditimbus atau ditutup dengan tanah.
 
       Sesi kedua pula ialah sesi praktikal. Pelajar-pelajar muslimin melakukan sesi praktikal bersama Ustaz Abdillah di dewan terbuka SMIDB manakal pelajar muslimat di Musolla bersama K.Dah. Bagi pelajar muslimin, adik Halimi dari kelas 1 Zaid Harithah telah menjadi model menjayakan slot praktikal mandi, kafan dan solat jenazah.
a) Praktikal Memandikan mayat

b) Praktikal Kafan Jenazah

c) Praktikal Solat Jenazah
 
[Bahagian pelajar MUSLIMAT]
 
         Diharapkan program ini dapat menarik minat para pelajar untuk mendalami ilmu agama dan memantapkan kefahaman mereka seterusnya dapat menanamkan cita-cita untuk melaksanakan tuntutan fardu kifayah. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program Kursus Pengurusan Jenazah ini.
 
Disediakan oleh: Cikgu Jamalluddin Jusoh

No comments:

Post a Comment