INFO PENTING

MAKLUMAN PENTING

MAKLUMAN PENTING

TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN NASYID

|

Assalamualaikum WBT..

Pada 29 Ogos 2013 yang lepas, Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB) telah menghantar kumpulan nasyid ke Festival Nasyid sempena Majlis Ihtifal Idul Ilmi di Maahad Darul Quran Rusila (MDQ). Penyertaan pelajar ke festival nasyid ini sangat penting dalam usaha mengasah dan mengetengahkan bakat pelajar dalam bidang nasyid. Tambahan pula, pendedahan pelajar dalam bidang kesenian nasyid ini sejajar dengan salah satu kaedah dakwah dalam menyebarkan dakwah Islamiah.

Kumpulan Nasyid SMIDB yang diberi nama Shoutul Bayan dianggotai seramai 12 orang pelajar. Pada hari pertandingan tersebut, kumpulan Shoutul Bayan telah mempersembahkan 2 buah nasyid yang bertajuk Persada Perjuangan dan Maula Ya Solli Wa Sallim. Pemilihan lagu ini berdasarkan kriteria lagu yang ditetapkan oleh penganjur iaitu sebuah lagu Melayu dan  sebuah lagu Qasidah (bahasa Arab).

Untuk pengetahuan semua, penyertaan pelajar ke Festival Nasyid adalah julung-julung kalinya. Alhamdulillah, penyertaan pertama ini memberi impak positif dan hasil yang membanggakan. Kumpulan Shoutul Bayan dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga. Johan pertandingan nasyid ini telah dimenangi oleh Kumpulan nasyid dari Maahad Tahfiz wal Tarbiyyah ( MTT ) dan naib johan disandang oleh kumpulan tuan rumah, Maahad Darul Quran Rusila.

Mengulas kepada komen juri pertandingan iaitu ahli  kumpulan Nasyid terkenal SeedRain, mereka  memuji mutu suara penyanyi solo kumpulan nasyid SMIDB yang mampu membawa lagu dengan baik. Di samping itu, mereka menasihatkan supaya penambahbaikan pada persembahan dibuat kepada beberapa aspek pada masa akan datang iaitu dari sudut kemantapan suara-suara back up, keseragaman tempo muzik dan pergerakan yang sekata. InsyaAllah nasyid SMIDB mampu melangkah lebih jauh sekiranya tumpuan diberikan dengan lebih baik.

Akhir kata, jutaan terima kasih kepada ayahda ustaz Jamalluddin Jusoh, Pengetua Sek Men Islam Darul Bayan kerana telah memberi kepercayaan kepada kumpulan Nasyid SMIDB untuk turut serta dalam pertandingan nasyid kali ini. 



Read More !

Minggu Pemerkasaan Solat 2013

|

Seperti yang kita sedia maklum, solat merupakan kunci kepada kejayaan ummah di dunia dan di akhirat. Menyedari akan hakikat ini, pihak pentadbiran SMIDB telah memberikan penekanan khusus bagi memastikan para pelajar terutamanya anak-anak pelajar tingkatan 1 dapat menjalankan ibadah solat sesempurna mungkin.

Program seperti ini sebenarnya telah menjadi program tahunan sekolah sejak beberapa tahun yang lalu dan memandangkan program seperti ini amat penting, maka pada tahun ini hasrat tersebut diterjemahkan dengan program Minggu Pemerkasaan Solat Sesi 2013.





                               



Majlis Perasmian program telah dirasmikan oleh ayahanda pengetua SMIDB Ustaz Jamaluddin bin Jusoh :




Gimik perasmian

Antara aktiviti sepanjang program :

Pertandingan Kuiz Trivia Solat 
Hafalan Wirid

Ceramah-ceramah Khas

Bengkel Wudhuk

Pertandingan Kuiz Berkumpulan

Pengarah Program :

Cikgu Jamal


Terdapat banyak lagi program lain yang berlangsung seperti forum, tayangan video dan lain-lain.

Program yang berlangsung selama 2 minggu ini mendapat sambutan yang baik dari para pelajar. 

Diharapkan program ini dapat memberi impak yang positif kepada anak didik sekalian.

Read More !

PERHATIAN : Projek Menambah Bangunan Asrama Lelaki SMIDB

|

Bagi menampung kemasukan pelajar baru sesi 2014, khususnya pelajar lelaki di SMIDB, pihak pengurusan telah mngambil inisiatif bagi menambah sebuah bangunan asrama yang baru (dua blok 3 tingkat ) dengan anggaran kos berjumlah RM 1.3 juta. Projek ini telah pun bermula hampir sebulan yang lalu dan yang paling penting mestilah disiapkan sebelum masuk sesi persekolahan tahun 2014.


Projek ini telah pun bermula hampir sebulan yang lalu dan yang paling penting mestilah disiapkan sebelum masuk sesi persekolahan tahun 2014 



                

                                                Asrama lelaki sedia ada


Sumbangan daripada orang ramai amat dialu-alukan bagi menjayakan projek ini


Dengan berlangsungnya projek penambahan bangunan ini, diharapkan usaha melahirkan insan-insan mulia di bumi SMIDB ini semakin bertambah kukuh dan berkesan. 

Bagi individu atau kumpulan yang ingin menyumbang, bolehlah melakukan dengan menyalurkan sumbangan anda kepada akaun bank berikut :


Nama: MADRASAH DARUL BAYAN 

BIMB : 1304 4010 0087 76 

CIMB : 1308 0000 0861 01 

MAYBANK : 5630 8200 4089 



Maklumkan Kepada: 
Ust Jamaludin Bin Jusoh 
[ PENGETUA ] 
H/P: 0199156365 



Email:smislamdarulbayan@gmail.com 






Read More !