MAKLUMAT PENTING

FACEBOOK RASMI SEKOLAH

TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN NASYID

|
Assalamualaikum WBT..

Pada 29 Ogos 2013 yang lepas, Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB) telah menghantar kumpulan nasyid ke Festival Nasyid sempena Majlis Ihtifal Idul Ilmi di Maahad Darul Quran Rusila (MDQ). Penyertaan pelajar ke festival nasyid ini sangat penting dalam usaha mengasah dan mengetengahkan bakat pelajar dalam bidang nasyid. Tambahan pula, pendedahan pelajar dalam bidang kesenian nasyid ini sejajar dengan salah satu kaedah dakwah dalam menyebarkan dakwah Islamiah.

Kumpulan Nasyid SMIDB yang diberi nama Shoutul Bayan dianggotai seramai 12 orang pelajar. Pada hari pertandingan tersebut, kumpulan Shoutul Bayan telah mempersembahkan 2 buah nasyid yang bertajuk Persada Perjuangan dan Maula Ya Solli Wa Sallim. Pemilihan lagu ini berdasarkan kriteria lagu yang ditetapkan oleh penganjur iaitu sebuah lagu Melayu dan  sebuah lagu Qasidah (bahasa Arab).

Untuk pengetahuan semua, penyertaan pelajar ke Festival Nasyid adalah julung-julung kalinya. Alhamdulillah, penyertaan pertama ini memberi impak positif dan hasil yang membanggakan. Kumpulan Shoutul Bayan dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga. Johan pertandingan nasyid ini telah dimenangi oleh Kumpulan nasyid dari Maahad Tahfiz wal Tarbiyyah ( MTT ) dan naib johan disandang oleh kumpulan tuan rumah, Maahad Darul Quran Rusila.

Mengulas kepada komen juri pertandingan iaitu ahli  kumpulan Nasyid terkenal SeedRain, mereka  memuji mutu suara penyanyi solo kumpulan nasyid SMIDB yang mampu membawa lagu dengan baik. Di samping itu, mereka menasihatkan supaya penambahbaikan pada persembahan dibuat kepada beberapa aspek pada masa akan datang iaitu dari sudut kemantapan suara-suara back up, keseragaman tempo muzik dan pergerakan yang sekata. InsyaAllah nasyid SMIDB mampu melangkah lebih jauh sekiranya tumpuan diberikan dengan lebih baik.

Akhir kata, jutaan terima kasih kepada ayahda ustaz Jamalluddin Jusoh, Pengetua Sek Men Islam Darul Bayan kerana telah memberi kepercayaan kepada kumpulan Nasyid SMIDB untuk turut serta dalam pertandingan nasyid kali ini. 



No comments:

Post a Comment