MAKLUMAT PENTING

FACEBOOK RASMI SEKOLAH

[PROJEK LEPAS PMR] : MELUKIS MURAL

|

Bismillahirrahmanirrahim
(Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB) baru sahaja tamat dalam 'jihad/perang atas kertas' iaitu menjawab keseluruh 9 subjek bagi Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Peperiksaan PMR tamat pada 9 Oktober 2013.

Pelajar tingkatan 3 dibenarkan pulang ke kampong halaman masing-masing untuk bertemu ibubapa dan keluarga mereka bermula pada 10 hingga 12 Oktober 2013. Mereka diminta untuk kembali semula ke sekolah pada 13 Oktober 2013. Pada 13 Oktober tersebut, Pihak Panitia Keceriaan Sekolah telah membuat satu perjumpaan khas untuk menerangkan projek lepas PMR untuk pelajar tingkatan 3 ini. Antara kesimpulan dari perjumpaan ini:

 Nama Program: PROJEK KECERIAAN SEKOLAH > "Melukis Mural Sekolah"

Tarikh: 13 sehingga 28 Oktober 2013

Semua pelajar tingkatan 3 dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mengisi kerja-kerja mural tiga tempat utama iaitu di bahagian dewan, bahagian tandas dan bahagian dinding kelas.  Aktiviti ini di pantau oleh beberapa orang guru yang telah ditetapkan. Projek ini diteruskan pada hari berikutnya ketika waktu persekolahan bagi Pengisisan Program selepas Peperiksaan PMR.

Antara gambar-gambar yang diambil sepanjang projek "Melukis Mural Sekolah"
ditunjukkan di bawah:




 
semoga usaha murni ini diberkati Allah...
insyaAllah~

Read More !