MAKLUMAT PENTING

FACEBOOK RASMI SEKOLAH

Bersama motivator terkenal Ustaz Mohd Mizan

|
PINANG MERAH 22 April : Program Motivasi Al Quran yang telah di anjurkan oleh pihak sekolah pada tahun ini telah menjemput khas motivator terkenal di Terengganu, Ustaz Mohd Mizan.

Program motivasi khas di adakan pada pagi Jumaat ini berjaya membuka lembaran kesedaran dan keinsafan kepada pelajar untuk terus menjadi muslim yang sejati.




Pihak sekolah amat berbesar hati di atas kesudian Ustaz Mizan untuk bersama-sama memberikan motivasi dan ceramah kesedaran kepada pelajar-pelajar disini.

Penyampaian yang penuh bersemangat dari Ustaz Mizan , amat menarik dan menginsafkan.


Program ini adalah rentetan program yang pernah di adakan pada tahun-tahun yang lepas.




Pengetua, Yg Berbahagia Cikgu Abd Latif menyampaikan sedikit cenderahati dari pihak sekolah kepada Ustaz Mizan.




Sila layari laman web rasmi TQHM Consultant : http://www.tqhmconsultant.com


No comments:

Post a Comment