MAKLUMAT PENTING

FACEBOOK RASMI SEKOLAH

MAJLIS PENGHARGAAN PIMPINAN PELAJAR SESI 2013

|
Bismillahirrahmanirrahim...
 
Assalamualaikum WBT
Di saat yang mulia ini, marilah sama-sama kita zahirkan rasa syukur kita kepada Allah S.W.T atas segala nikmat kurnianNya dan perbanyakkan selawat dan salam kita kepada Rasulullah s.a.w.. sebagai tanda rasa cinta kita kepada Baginda..

Para pengunjung dan pembaca yang dikasihi Allah,
Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi singgah ke Laman Blog SMIDB ini..
Semoga kunjungan tuan puan,muslimat muslimat dan saudara saudari sekalian dirahmati Allah...
 
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat.” (QS. An-Nisa’: 58)

Makluman buat semua,
 
Pada 14 Oktober 2013 bersamaan 9 Zulhijjah 1434 Hijrah, Badan Disiplin Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB) telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan semua pemimpin-pemimpin pelajar yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Exco Asrama dan Pengawas Perpustakaan.
PENGAWAS SEKOLAH 2013 (Muslimin)
PENGAWAS PERPUSTAKAAN 2013 (Muslimin)
PENGAWAS ASRAMA 2013 (Muslimin)
 
PENGAWAS SEKOLAH 2013 (Muslimat)
PENGAWAS PERPUSTAKAAN 2013 (Muslimat)
PENGAWAS ASRAMA 2013 (Muslimat)
 
Seperti yang kita sedia maklum,
Pengawas Sekolah,Pengawas Perpustakaan dan Exco Asrama merupakan pemimpin muda yang menjadi harapan buat semua pelajar, staff dan guru Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB) dalam menjadi role model kepada pelajar lain dari pelbagai aspek termasuk keperibadian, pencapaian akademik,keterampilan, pergaulan bersama masyarakat dan lain-lain. Meskipun tugas dan amanah yang dipikul agak berat dan mereka sibuk dengan hafalan al-Quran, tugasan akademik dan peperiksaan, namun pemimpin-pemimpin muda SMIDB mampu menjalankan amanah mereka dengan cemerlang dan menunjukkan sikap kepimpinan yang baik, sabar dan cekal dalam menjalankan tugas mereka sebagai pengawas.

Sepanjang sesi kepimpinan 2013 ini, mereka telah memberi kerjasama dan komitmen yang baik kepada pihak sekolah terutamanya dalam mengurus dan merancang program-program di peringkat sekolah. Antara program yang maasih segar diingatan semua ialah sambutan Hari Guru peringkat sekolah, sambutan Maulidur rasul, Minggu Pemerkasaan Solat (MPS), Temasya Sukan Sekolah dan lain-lain aktiviti. Selain itu juga, mereka kerap membantu dalam menguruskan jual beli makanan di koperasi sekolah, kebajikan dan aktiviti di asrama serta pengurusan pinjaman dan susun atur di perpustakaan sekolah.  .
 
Justeru, Majlis Jasamu Dikenang ini dianjurklan oleh para guru terutamanya guru-guru penasihat badan pengawas sebagai tanda melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada mereka. Majlis yang istimewa ini dimulakan dengan bacaan asMaul Husna oleh pelajar dan guru. Setelah itu ucapan daripada Ketua Pengawas, Saudara Tg Afdzal Afif, ucapan wakil Exco Asrama, Saudari Nur Husnina dan ucapan ketua pengawas perpustakaan, saudra Azemuddin. Ucapan diteruskan pula oleh guru-guru penasihat iaitu Cikgu Fadlillah, Ustaz Fairuz dan Cg Masniza. Ucapan terakhir disampaikan oleh Mudir Sekolah Menengah Islam Darul Bayan, Ustaz Jamaluddin Jusoh.

Majlis yang ditunggu-tunggu ialah penyerahan sijil penghargaan kepada semua pengawas sekolah, exco asrama dan pengawas perpustakaan. Sijil mereka telah disampaikan oleh Ustaz Jamaluddin Jusoh (Pengetua), Cg Hasliza Hashim (PK 1) dan Cg Mahani Ibrahim (PK Hem) sambil diiringi muzik gamelan.
 
 
 
Disediakan oleh,
Cg Jamalluddin Jusoh
Guru Disiplin SMIDB

No comments:

Post a Comment