MAKLUMAT PENTING

FACEBOOK RASMI SEKOLAH

Merentas Desa SMIDB berjaya.

|
PINANG MERAH 17 FEB : SMIDB telah berjaya menganjurkan program Merentas Desa SMIDB bagi sesi 2011.Semua pelajar terlibat dengan berjaya melalui track/laluan yang telah disediakan oleh Pengarah Merentas Desa SMIDB Ustaz Mazlan b Nawi.

Para pelajar telah didedahkan dengan track/laluan ini pada petang Ahad 15 Feb , mereka menjalani latihan ringan untuk membiasakan diri dengan track ini dan seterusnya menguatkan stamina.

Menurut Pengarah Program Ustaz Mazlan b Nawi, program merentas desa ini bukan sekadar dijadikan program tahunan , tetapi bermatlamatkan untuk memantapkan jasmani dan rohani para pelajar. Mereka didedahkan dengan aktiviti luar ini supaya pelajar terdedah dengan aktiviti-aktiviti pembinaan diri.

Tahniah kepada pelajar yang berjaya memenangi acara ini dan kepada yang belum berjaya lagi, teruskan usaha untuk berjaya pada masa akan datang.



No comments:

Post a Comment