MAKLUMAT PENTING

FACEBOOK RASMI SEKOLAH

Rehlah Tarbawi ke Pantai KDRP [Kelab Desa Rantau Petronas], Kemasik.

|
PANTAI KDRP KEMASIK : Pihak SMIDB telah berjaya menganjurkan program Rehlah Tarbawi 2011 kepada semua pelajar dan guru-guru. Program ini adalah program tahunan SMIDB yang diatur bagi semua pelajar . Menurut Pengarah Program , Ustaz Mohammad Shafie b Ismail program ini bermatlamatkan  untuk merapatkan hubungan sesama guru dan pelajar, merehatkan minda dan membina kekuatan jasmani. Beliau amat berbesar hati kerana penganjuran pada tahun ini berjaya mencapai matlamat tersebut.


"Rehlah tarbawi seumpama ini insyaallah membantu menghilangkan stress dan tekanan belajar disamping membina dan mengukuhkan  ikatan sesama pelajar dan guru, saya harapkan program ini dapat dijalankan lagi untuk masa-masa akan datang " tegas Ustaz Shafie.


" para pelajar akan terus ceria untuk menimba ilmu di SMIDB insya Allah " kata Pengetua Cikgu Abdul Latif bin Muda sambil terseyum bangga  kerana program berjalan dengan lancar.


Pelbagai acara dan aktiviti di jalankan sepanjang sehari rehlah ini. Jelas terpancar wajah-wajah kecerian dan kegermbiraan dikalangan para pelajar.   Setelah berhempas pulas menuntut ilmu, berehat sebentar di pantai ini melepaskan keletihan minda. Tahniah buat anda semua.


Program seumpama ini akan diatur lagi untuk masa-masa yang akan datang, semoga para pelajar SMIDB lebih berjaya dan bersemangat untuk menuntut ilmu.

No comments:

Post a Comment