MAKLUMAT PENTING

FACEBOOK RASMI SEKOLAH

Seminar Pendidikan YIK

|
Hari: Khamis & Jumaat
Tarikh: 20&21 Mei 2010
Tempat: Raudhah Hotel, Kota Bharu, Kelantan
Alhamdulillah,seramai 3 orang guru dari SMIDB telah dijemput menghadiri Seminar Pendidikan Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang julung kali di adakan bagi mengumpul kesemua sekolah luar Kelantan yang mengguna pakai Sistem Pendidikan kelolaan YIK. Sebanyak 21 buah sekolah menyertai seminar ini termasuk Sek Men Agama Kg. Laut, K.Terengganu yang merupakan sekolah luar Kelantan yang terbaik bagi tahun 2009. SMIDB diwakili oleh Ustaz Syed Mohd Azwan Syed Yahya selaku PK1 SMIDB dan diiringi oleh Ustaz Aimanuddin Muda dan Cikgu Wan Mohd Tholhah.

Pada hari pertama, 2 modul dibentangkan dan 1 perbincangan 2 hala diadakan. Modul pertama mengenai YIK: Sistem & Hala Tuju yang menerangkan mengenai misi perjuangan YIK di persada pendidikan. Modul kedua pula membentangkan Kecemerlangan Sekolah kelolaan YIK yang cuba dikongsikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan YIK supaya lebih ramai adik Nur Madhihah dapat dilahirkan di setiap sekolah. Pada sessi perbincangan, satu resolusi dan kata sepakat telah dapat diputuskan supaya sekolah-sekolah luar Kelantan dapat bersama-sama dengan YIK menjalinkan kerjasama dalam bidang pendidikan.

Seminar ini juga diserikan juga dengan kehadiran Exco Kerajaan Negeri Kelantan, YB Mohd Amar Nik Abdullah yang meluangkan masa bersama peserta seminar. Pada sebelah malam, sesi penerangan mengenai Kerajaan Negeri Kelantan diadakan di Rumah Menteri Besar, JKR10 oleh Urusetia Penerangan Negeri Kelantan. Kami amat bertuah kerana pada keesokan harinya, selepas mendengar kuliah Mingguan YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, kami dapat bersama-sama mendengar amanat &  nasihat dan minum pagi bersama Tuan Guru.


No comments:

Post a Comment