MAKLUMAT PENTING

FACEBOOK RASMI SEKOLAH

Kem PMR 2012

|

SMIDB- 11 Februari 2012

Peperiksaan Penilaian Rendah akan dihadapi oleh semua pelajar Tingkatan 3 tahun ini. Di SMIDB, pelajar Tingkatan 3 tahun ini adalah kumpulan pertama yang akan menduduki PMR pada tahun 2012. Guru-guru yang terlibat telah berusaha mengajar mereka dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai target peratusan yang baik.

Panitia PMR telah mengadakan satu program khas untuk pelajar-pelajar iaitu Kem PMR. Tujuan kem ini diadakan adalah untuk persiapan pelajar-pelajar sebelum tibanya hari peperiksaan. Pelajar-pelajar dapat mamantapkan lagi kaedah belajar dan mengetahui tip-tip ketika menghadapi peperiksaan.





Tekun mendengar apa yang di sampaikan oleh guru yang mengajar.


   
Warga SMIDB mengucapakan " Selamat Menghadapi Peperiksaan dan Selamat Maju Jaya." Datang ke sekolah dengan membawa harapan, pulanglah dengan kejayaan. ^_^







Read More !

Merentas Desa 2012

|

SMIDB- Pada 06 Februari 2012 telah diadakan latihan merentas desa bagi mengenal pasti di mana laluan track yang akan di lalui ketika hari merentas desa diadakan pada 09 Februari 2012. Semua pelajar dan guru terlibat bagi melaksanakan aktiviti ini dengan lancarnya. Guru-guru akan mengawal @ memantau pelajar-pelajar sepanjang sesi merentas desa ini. Setiap check point guru yang terlibat akan memastikan pelajar-pelajar selamat.


Semua pelajar berkumpul sebelum memulakan Program Merentas Desa SMI Darul Bayan 2012.



Ustaz Azali memberi sedikit penerangan mengenai program ini.



Pelajar-pelajar membuat senaman ringan.
 Senaman ringan amat penting sebelum melakukan apa-apa aktiviti sukan. 





 Pelajar-pelajar berbaris di check point pertama




Pengetua juga turun padang ketika program ini dijalankan.



 Gelagat pelajar-pelajar merentas desa.












 Pelajar-pelajar yang telah sampai di check point penamat.




 Pelajar-pelajar berehat setelah kepenatan merentas desa.



 Guru-guru juga berehat sebelum memulakan acara penutup program merentas desa SMIDB 2012.



 Pengetua En.Abdul Latif B. Muda memberi ucapan ketika acara penutup program ini.



 Hadiah cabutan bertuah juga di adakan bg memeriahkan lagi suasana.




 Pemenang dalam acara merentas desa mendapat medal dan hamper.




 Walaupun kepenatan merentas desa, pelajar-pelajar masih tersenyum dan seronok dapat melibatkan diri dalam program ini.



  Program di akhiri dengan bacaan doa.









Read More !

Pertandingan Keceriaan Kelas SMIDB 2012

|


SMIDB , sepanjang sesi persekolahan 2012 – Pertandingan keceriaan kelas telah diadakan. Ia merupakan  salah satu aktiviti Jawatankuasa Keceriaan Sekolah Menengah Islam Darul Bayan bagi tahun 2012. Program ini melibatkan semua warga sekolah di atas bantuan daripada semua guru-guru SMIDB. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendidik pelajar-pelajar SMIDB mengamalkan kebersihan dan mempratikkannya di sekolah juga di rumah masing-masing disamping meningkatkan peratus kebersihan sekolah.

Objektif program ini bertujuan mendidik murid-murid tentang kebersihan dan pentingnya menjaga kebersihan. Selain daripada itu ianya dapat meningkatkan peratus keceriaan dan kebersihan sekolah serta mewujudkan murid yang berminda sihat, ceria dan berdaya saing di masa hadapan. Semua kelas diwajibkan melibatkan diri dalam program keceriaan ini supaya dapat menubuhkan kawasan sekolah yang bersih dan selamat.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pemeriksaan kelas pada setiap hari, hadiah piala pusingan diberi sebulan sekali khas untuk kelas yang mendapat markah tertinggi (markah dicampur untuk 4 minggu), denda dikenakan kepada kelas terkotor dan akan diberikan sijil penghargaan kepada kelas terbersih dan terkotor pada setiap minggu. Permarkahan akan dinilai mengikut kebersihan, kecerian, sudut pameran dan kerjasama di antara pelajar mengikut kelas masing-masing.

Untuk merealisasikan program ini, semua pihak haruslah memainkan peranan yang penting agar manfaat bukan sahaja kepada pelajar malahan kepada persekitaran kawasan sekolah yang bersih lagi indah. Akhir kata, pelajar sihat lahirnya daripada persekitaran yang bersih.




P/S: Admin akan update gambar dari mase ke semase.

Read More !

Info Pelajar

|

















Read More !