SYARAT KEMASUKAN SEKOLAH MENENGAH ISLAM DARUL BAYAN
Permohonan pelajar baru dibuka selepas keputusan UPSR atau UPSRI dikeluarkan. Bagi pelajar yang memperolehi sekurang-kurangnya UPSR 3A layak untuk memohon. Pelajar juga hendaklah berkemampuan menguasai pembacaan al-Quran serta mampu menulis dan membaca jawi/bahasa Arab. Borang boleh di download* dari laman web rasmi di www.smidarulbayan.blogspot.com atau di pejabat SMIDB. Borang hendaklah diserah sebelum tarikh tutup dan temuduga akan diadakan bagi memilih pelajar yang berjaya.
Permohonan hendaklah disertakan salinan:-
1. Salinan keputusan UPSR/UPSRI/UPKK.
2. Sijil berhenti sekolah.
3. Sijil Kelahiran/Surat Beranak/Kad Pengenalan
4. Salinan kad pengenalan Ibu-Bapa/Penjaga.
Semua pelajar diwajibkan tinggal di asrama dan mengikuti semua program dan aktiviti SMIDB.
Yuran Persekolahan.Yuran Pendaftaran:- Rm 180.00
Yuran Tahunan:- Rm 150.00
Yuran Bulanan*:-
1. Tahfiz & Akademik Rm 250.00
2. Akademik/Syariah Rm 200.00
3. Tahfiz Sepenuh Masa Rm 180.00
* Bayaran yuran adalah termasuk pengajian, asrama dan makan-minum.
Borang Permohonan SMIDB
No comments:
Post a Comment