Bertempat di kawasan asrama SMIDB, 14/6/2012 - Berlangsungnya satu aktiviti gotong-royong dan pemindahan asrama muslimat
. Gotong-royong ini bertujuan untuk membersihkan sekitar kawasan asrama baru
muslimat. Pemindahan barang serta susun atur kelengkapan telah dilakukan seperti almari,
katil, tilam dan sebagainya. Sikap dan amalan ini mampu memberi
banyak manfaat kepada para pelajar seperti memupuk sikap bekerjasama dalam jati
diri.
Benarlah kata peribahasa “bersatu kita teguh
bercerai kita roboh”. Amalan yang baik seharusnya diamalkan dalam kehidupan
seharian, bak kata pepatah “yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan
sempadan”.
keadaan asrama selepas dibersihkan
kerjasama diantara pelajar dan guru yang terlibat
kesibukan pelajar muslimat memindahkan kesemua barang ke asrama baru
kesemua barang di pindahkan ke asrama baru muslimat
Secara keseluruhannya, ianya amat berfaedah dan
mesti diamalkan sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah daripada rebungnya.
Amalan ini boleh dipraktikan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang
selesa di kawasan tempat tinggal.
No comments:
Post a Comment