SMIDB – bertempat di Dewan Seminar Darul
Bayan telah diadakan satu program pemantapan
pengawas SMIDB bagi tahun 2012 yang dilangsungkan oleh beberapa ahli
jawatankuasa yang terlibat bagi memastikan program ini berjalan dengan jayanya.
Majlis dilangsungkan pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari
. Tujuan program ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti kriteria
pengawas, permantapan akhlak , menerangkan
tugasan dan tanggungjawab serta mendisiplinkan pengawas yang terpilih.
Bagi memastikan kriteria pengawas yang berkaliber,
sekolah telah membuat satu target iaitu misi kearah pengawas yang berwibawa dan
berakhlak terpuji serta visi pengawas terpuji pelajar cemerlang. Misi dan visi
ini amat peting supaya target yang ingin dicapai dapat dilaksanakan dengan jayanya
selari dengan misi dan visi sekolah.
Pihak sekolah telah membuat sasaran dan
pemilihan pengawas iaitu seramai 6 orang
pengawas muslimin dan 5 pengawas muslimat yang diberikan amanah dan tanggungjawab
untuk menjaga keselamatan pelajar lain dan memastikan setiap tugasan yang
diamanahkan dilaksanakan dengan adil dan tegas supaya setiap pelajar mengikuti
dan mematuhi peraturan sepanjang berada di sekolah. Dengan adanya pengawas,
ianya dapat menjadikan sekolah adalah kawasan selamat untuk pelajar yang lain belajar
dan dapat mengurangkan dan membanteras kegiatan vandalisme di sekolah.
No comments:
Post a Comment