Bismillahirrahmanirrahim
(Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang)
(Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang)
- Bagaimanakah cara untuk memohon ke Sekolah Menengah Islam Darul Bayan(SMIDB)?
Untuk permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 ke SMIDB, anda perlu mengisi Borang Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Islam Darul Bayan selepas keputusan UPSR diumumkan. - Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon ke SMIDB?
- Warganegara Malaysia dan beragama Islam.
- Boleh membaca dan menulis dalam tulisan Jawi atau Rumi
- Boleh membaca Al-Quran dengan lancar.
- Calon yang menduduki UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) tahun semasa.
- Memperolehi sekurang-kurangnya 3A 2B dalam UPSR.
** Serta LULUS TEMUDUGA SMIDB** - Adakah kemasukan ke SMIDB memerlukan Ujian Khas?
Selepas keputusan UPSR diumumkan dan menghantar borang permohonan, calon-calon yang mencukupi syarat akan dipanggil untuk menduduki Ujian Khas seperti;
Ujian Temuduga atau Ujian membaca atau Ujian menulis dan membaca Jawi atau Ujian Hafazan Quran (Bagi Permohonan Tahfiz). - Di mana borang permohonan boleh diambil?
Borang permohonan boleh diambil di pejabat Sekolah Menengah Islam Darul Bayan atau diambil secara muat turun borang di laman blog (http://smidarulbayan.blogspot.com) - klik pautan borang permohonan dibawah ini:
https://docs.google.com/file/d/1to1_14Svg7ffiWPhSzPC6bvFkCu-pZYIGHil3Nt-KWLOD9SL4RvvxjmLenYa/edit?usp=sharing
seterusnya hendaklah di hantar kepada:
Bahagian Kemasukan Pelajar SMIDB,
Sekolah Menegah Islam Darul Bayan,
Kampung Pinang Merah,
23100 Paka, Dungun,
Terengganu Darul Iman.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi:
PEJABAT SMIDB (Cik Maizatul Akma) : 09-8272677
PENGETUA SMIDB (Ustaz Jamaludin bin Jusoh) : 019-9156365
PENOLONG KANAN HEM (Puan Mahani bt Ibrahim) : 019-9335359
No comments:
Post a Comment