PINANG MERAH 15 Feb : Sambutan memperingati junjungan mulia Nabi Muhammad SAW berjalan dengan penuh meriah. Majlis ini diadakan di Dewan Besar Darul Bayan dihadiri oleh semua staff, guru dan pelajar Sekolah Men Islam Darul Bayan. Sambutan kali ini diserikan dengan pelbagai acara di atur khas untuk memperingati sirah dan perjuangan Rasulullah SAW.
Majlis dimulakan dengan bacaan Al Quran oleh pelajar. Kemudian ucapan alua-aluan dari Pengarah Program Sambutan oleh Ustaz Muhamad Sabri b Yamin. Beliau menegaskan bahawa tema sambutan tahun ini ialah "Nabiyuna Muhammad SAW Hayyun Fi Qulubina " berarti Nabi kita Muhammad SAW Hidup di Hati-Hati Kami " . ' tema ini adalah sebagai motivasi dan pemangkin kepada pembinaan peribadi pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat " tambah beliau.
Seterusnya perasmian disempurnakan oleh Al fadhil Ustaz Syed Hazwan b Syed Yahya. Beliau mengharapkan supaya agenda untuk meletakkan cara hidup Nabi SAW sebagai jalan hidup dapat di mantapkan.

Ceramah perdana disampaikan oleh Yang Berbahagia Al Fadhil Ustaz Ahmad Munif b Mohd Amin, Sekitar 2 jam beliau mengupas secara terperinci sirah dan perjalanan hidup Nabi SAW yang menjadi pedoman umat Islam sepanjang zaman.
Sambutan diserikan dengan persembahan bacaan puisi oleh Ustaz Mat Aruddin b Nawi bersama dua orang pelajar yang megiringinya.Hadirin begitu terpegun dengan persembahan mantap daripada Ustaz Mat yang begitu menyentuh hati .

Persembahan dirancakkan lagi dengan acara nasyid . Sebanyak 3 buah lagu dikumandangkan oleh para pelajar Tahfiz Sepenuh Masa , Tahun 3 Ibnu Qayyim.
Acara kemuncak ialah penyampaian hadiah bagi tokoh pelajar Maal Hijrah. Bagi pelajar lelaki, telah di anugerahkan kepada Maliki b Hanafi . Manakala pelajar perempuan pula Husnina bt Zakaria. Di harapkan ketokohan mereka menjadi ikutan pera pelajar disini.
Mengakhiri sambutan pada tahun ini, bacaan selawat beramai-ramai. Pihak penganjur program amat berbesar hati kerana sambutan berjaya dilaksanakan dan mengharapkan semua hadirin dapat manfaat dari semua akitiviti yang telah diadakan,
Salam Maulidur Rasul 1432 H
"Nabiyuna Muhammad SAW Hayyun fi Qulubina "
Sana’a, Yaman-28.11.2010: Alhamdulillah, rombongan Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan selamat tiba di Yaman selepas beberapa hari penerbangan dari Malaysia ditangguhkan. Rombongan ini disambut oleh Exco Perhubungan Persatuan Pelajar Malaysia di Yaman (PERMAYA) beserta beberapa orang pelajar Malaysia di Yaman. Rombongan Darul Bayan ini diketuai oleh Ustaz Jamaludin Bin Jusoh, Timbalan Pengerusi Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan, diringi Ustaz Syed Mohd Azwan Bin Syed Yahya, PK1 Sek. Men. Islam Darul Bayan (SMIDB) yang juga merupakan Mantan Presiden PERMAYA.

Misi rombongan ini ke Yaman adalah untuk menghantar 5 orang pelajar Darul Bayan (3 orang pelajar Maahad Tahfiz Darul Bayan, 2 Pelajar Madrasah Darul Bayan lebih dikenali dengan nama Pondok Pinang Merah) melanjutkan pelajaran mereka dalam ilmu Agama Islam disana. Mereka adalah Hassan Abdul Rahman, Mohd Syamil Malek, Wan Mohd Affizal Rukhaini, Mohd Aizad Zulkifli dan Wan Mohd Tholhah. Mereka ini adalah kumpulan kedua yang dihantar ke Yaman pada tahun 2010 ini. Sebelum ini, pada 15 Syawal 1431, 2 orang pelajar Madrasah Darul Bayan telah berangkat ke Yaman iaitu Nasrullah Bin Awang Muda dan Mohd Syamil Bin Che Anuad.
Selain itu, tujuan rombongan ini ke Yaman adalah untuk meninjau keadaan semasa pelajar-pelajar mereka di samping melihat sendiri suasana pembelajaran di sana. Yaman ternyata masih mengekalkan budaya ilmu. Selain dari pelajaran formal di Jamiah yang banyak di Sana’a terutamanya , pembelajaran secara talaqi di masjid-masjid masih subur. Ini memberikan banyak peluang dan ruang secukupnya untuk pelajar mendalami ilmu agama.

Dalam siri rombongan ini, Ustaz Jamaludin dan Ustaz Syed Azwan dijemput memberikan taujihat dan amanat dalam Majlis Khas yang di anjurkan oleh PERMAYA. Rombongan ini juga turut mengunjungi Kedutaan Besar Malaysia di Yaman yang disambut oleh Setiausaha Ketiga, En. Hamdan Bin Abdullah. Rombongan ini juga turut berkesempatan mengunjungi beberapa tempat bersejarah di Yaman seperti Bab Al-Yaman ,Darul Hajr dan Bandar Sana’a yang tidak pernah dijajah walaupun sekali.
Rombongan ini berangkat pulang ke Malaysia pada 9.12.2010 jam 3.25 petang waktu Yaman. Semoga pelajar-pelajar Darul Bayan terutamanya yang melanjutkan pelajaran di sana belajar dengan tekun untuk mendalami ilmu Agama selari dengan moto Darul Bayan Ke Arah Melahirkan Generasi Berilmu, Beriman, Beramal dan Berjihad. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada penderma, penyumbang dan penaja yang membantu pelajar kami melanjutkan pelajaran mereka. Semoga Allah memberikan ganjaran kebaiakan berlipat kali kepada kalian.
Posted by
AdminGraphic at 9:44:00 PM
|
Labels:
Permohonan
SYARAT KEMASUKAN SEKOLAH MENENGAH ISLAM DARUL BAYAN
Permohonan pelajar baru dibuka selepas keputusan UPSR atau UPSRI dikeluarkan. Bagi pelajar yang memperolehi sekurang-kurangnya UPSR 3A layak untuk memohon. Pelajar juga hendaklah berkemampuan menguasai pembacaan al-Quran serta mampu menulis dan membaca jawi/bahasa Arab. Borang boleh di download* dari laman web rasmi di www.smidarulbayan.blogspot.com atau di pejabat SMIDB. Borang hendaklah diserah sebelum tarikh tutup dan temuduga akan diadakan bagi memilih pelajar yang berjaya. Permohonan hendaklah disertakan salinan:-
1. Salinan keputusan UPSR/UPSRI/UPKK.
2. Sijil berhenti sekolah.
3. Sijil Kelahiran/Surat Beranak/Kad Pengenalan
4. Salinan kad pengenalan Ibu-Bapa/Penjaga.
Semua pelajar diwajibkan tinggal di asrama dan mengikuti semua program dan aktiviti SMIDB.
Yuran Persekolahan.
Yuran Pendaftaran:- Rm 180.00
Yuran Tahunan:- Rm 150.00
Yuran Bulanan*:-
1. Tahfiz & Akademik Rm 250.00
2. Akademik/Syariah Rm 200.00
3. Tahfiz Sepenuh Masa Rm 180.00
* Bayaran yuran adalah termasuk pengajian, asrama dan makan-minum.
Borang Permohonan SMIDB