MAKLUMAT PENTING

FACEBOOK RASMI SEKOLAH

Kejohanan BadmintonTertutup SMIDB

|

Melalui Unit Kokurikulum, Sek Men Islam Darul Bayan telah menganjurkan satu kejohanan badminton perseorangan muslimin dan muslimat pada 26 September baru-baru ini...
loqman memulakan servis

hakim bersedia menerima servis dari loqman..

ya Allah..! bola tersangkut pulak kat koridor kelas

wakil rumah hijau mempamerkan aksi yg kemas dan bertenaga..

ustaz Lan sebegai pengadil hanya berkain pelikat..he2

wajah gembira sang juara...

Read More !

Penutupan Program Usrah 2012

|


SMIDB, 5 SEPTEMBER 2012 – Penutupan program usrah bersama kesemua pelajar telah dijayakan dengan sempurna bermula sekitar jam 3.30 petang. Ianya melibatkan pelajar dan beberapa anggota pengajar dan dibahagiakan secara berkumpulan yang didedahkan dengan isu yang berkaitan dengan semasa dan terkini. Selain daripada itu,penekanan diberikan melalui nasihat, pandangan, cerita yang dijadikan sebagai pengajaran dan luahan permasalahan yang berlaku dalam kehidupan. Melalui program ini, ianya melibatkan emosi dan mental para pelajar untuk memperbaiki diri daripada yang lebih baik daripada sebelumnya. Program ini dapat memberi pendedahan bertapa indahnya hidup berusrah.







Read More !

Carta Organisasi 2012

|


Read More !

Kem Pengawas SMIDB 2012

|



SMIDB – bertempat di Dewan Seminar Darul Bayan telah diadakan satu program  pemantapan pengawas SMIDB bagi tahun 2012 yang dilangsungkan oleh beberapa ahli jawatankuasa yang terlibat bagi memastikan program ini berjalan dengan jayanya. Majlis dilangsungkan pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari . Tujuan program ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti kriteria pengawas, permantapan akhlak ,  menerangkan tugasan dan tanggungjawab serta mendisiplinkan pengawas yang terpilih.

Bagi memastikan kriteria pengawas yang berkaliber, sekolah telah membuat satu target iaitu misi kearah pengawas yang berwibawa dan berakhlak terpuji serta visi pengawas terpuji pelajar cemerlang. Misi dan visi ini amat peting supaya target yang ingin dicapai dapat dilaksanakan dengan jayanya  selari dengan misi dan visi sekolah.

Pihak sekolah telah membuat sasaran dan pemilihan pengawas iaitu  seramai 6 orang pengawas muslimin dan 5 pengawas muslimat yang diberikan amanah dan tanggungjawab untuk menjaga keselamatan pelajar lain dan memastikan setiap tugasan yang diamanahkan dilaksanakan dengan adil dan tegas supaya setiap pelajar mengikuti dan mematuhi peraturan sepanjang berada di sekolah. Dengan adanya pengawas, ianya dapat menjadikan sekolah adalah kawasan selamat untuk pelajar yang lain belajar dan dapat mengurangkan dan membanteras kegiatan vandalisme di sekolah.

















Read More !

Program Mukhayyam 2012

|


Bertempat di belakang SMIDB pada  5 – 7 JULAI 2012, telah diadakan satu program Mukhayyam bertujuan untuk memantapkan sahsiah kehidupan dan kerohanian para pelajar yang terbabit. Hal ini dapat memberi pendedahan yang berguna kepada mereka supaya lebih yakin di masa akan datang . Antara aktiviti yang telah diadakan ialah night walk, merentas hutan, masakan hutan, orienteering, laluan berhalang, pertandingan memasak, dan pertandingan keceriaan khemah. Keseronokan dapat dirasai sepanjang aktiviti dijalankan dan turut membabitkan beberapa anggota guru dalam merealisasikan dengan jayanya program tersebut. Selain daripada aktiviti yang membabitkan kawasan luar, penambahan aktiviti lain juga diadakan seperti program qiamullail, bacaan Ma’thurat, tazkirah dan halaqah Al-Quran (tahfiz). Akhir sekali majlis diakhiri dengan perasmian penutupan program mukhayyam.










Read More !