Bertempat di belakang SMIDB pada 5 – 7 JULAI 2012, telah diadakan satu program Mukhayyam bertujuan untuk memantapkan sahsiah kehidupan dan kerohanian
para pelajar yang terbabit. Hal ini dapat memberi pendedahan yang berguna
kepada mereka supaya lebih yakin di masa akan datang . Antara aktiviti yang
telah diadakan ialah night walk, merentas hutan, masakan hutan, orienteering,
laluan berhalang, pertandingan memasak, dan pertandingan keceriaan khemah. Keseronokan dapat dirasai sepanjang
aktiviti dijalankan dan turut membabitkan beberapa anggota guru dalam merealisasikan
dengan jayanya program tersebut. Selain daripada aktiviti yang membabitkan
kawasan luar, penambahan aktiviti lain juga diadakan seperti program qiamullail, bacaan
Ma’thurat, tazkirah dan halaqah Al-Quran (tahfiz). Akhir sekali majlis diakhiri dengan perasmian penutupan program mukhayyam.
MAKLUMAT PENTING
FACEBOOK RASMI SEKOLAH
Gotong- royong Dan Pemindahan Asrama Muslimat 2012
Labels:
Pelajar
Bertempat di kawasan asrama SMIDB, 14/6/2012 - Berlangsungnya satu aktiviti gotong-royong dan pemindahan asrama muslimat
. Gotong-royong ini bertujuan untuk membersihkan sekitar kawasan asrama baru
muslimat. Pemindahan barang serta susun atur kelengkapan telah dilakukan seperti almari,
katil, tilam dan sebagainya. Sikap dan amalan ini mampu memberi
banyak manfaat kepada para pelajar seperti memupuk sikap bekerjasama dalam jati
diri.
Benarlah kata peribahasa “bersatu kita teguh
bercerai kita roboh”. Amalan yang baik seharusnya diamalkan dalam kehidupan
seharian, bak kata pepatah “yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan
sempadan”.
keadaan asrama selepas dibersihkan
kerjasama diantara pelajar dan guru yang terlibat
kesibukan pelajar muslimat memindahkan kesemua barang ke asrama baru
kesemua barang di pindahkan ke asrama baru muslimat
Secara keseluruhannya, ianya amat berfaedah dan
mesti diamalkan sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah daripada rebungnya.
Amalan ini boleh dipraktikan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang
selesa di kawasan tempat tinggal.
Kem Jejak Huffaz 2012
Labels:
Kem Pelajar
SMIDB
dan Lagoona Cherating Resort, ( 24-29 MEI 2012 ) - Kem Jejak Huffaz diadakan bertujuan untuk membina Jilul
Quran (generasi al-quran) selaras dengan kemodenan semasa, menerapkan perasaan
cinta akan Al-Quran dalam diri setiap peserta, melatih para peserta supaya
menghidupkan bia’ah solehah dan bia’ah al-quran dalam kehidupan sebagai huffaz
di SMIDB, mempertingkatkan dan memperkemaskan mutu hafalan peserta, merapatkan
ukhuwwah antara para pelajar dan para asatizah, serta menenangkan fikiran para
peserta Akademik Tahfiz dan Tahfiz Sepenuh Masa.
Antara program
yang dijalakan sepanjang kem huffaz dijalankan ialah ceramah motivasi Al- Quran
bersama Ustaz Assyaari Anuar, zikir munajat diketuai oleh Ustaz Mohammad Mizan
Bin Mohd Nor, ceramah isu palestin oleh Aqsa Syariff, halaqah Quran dan
lain-lain lagi.
Dengan jayanya Majlis
penutupan kem hujjaz telah dirasmikan oleh semua guru halaqah yang melibatkan
diri. Akhir kata, kami mengucapkan
Jazakallahhu Khair kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam menjayakan program ini dan dikira sebagai amal soleh.
P/s:Admin akan update gmbr dari mase ke semase..
P/s:Admin akan update gmbr dari mase ke semase..
Aktiviti Rumah Sukan 2012
Labels:
Aktiviti
SMIDB- Pada 04 Mac 2012 telah diadakan aktiviti sukan antara rumah-rumah. Terdiri daripada rumah Hijau,Biru, Kuning dan Merah. Pelajar-pelajar diwajibkan terlibat dengan aktiviti ini. Semua pelajar memakai baju warna rumah masing-masing bagi menunjukkan mereka mewakili rumah tersebut. Di sini menunjukkan kekemasan dan berdisiplin pelajar-pelajar ini.
Antara aktiviti sukan yang dipertandingkan ialah lompat jauh, lari berganti-ganti, bola sepak, bola jaring, pingpong dan badminton. Ditambahkan juga dengan satu aktiviti tambahan keceriaan antara rumah-rumah. Setiap rumah diberi satu kanopi untuk menghias dan setiap rumah perlu menyediakan sepanduk. Keceriaan, kebersihan dan kekemasan akan dinilai.
Bagi pemenang-pemenang dalam acara sukan, pelajar akan mendapat medal sebagai tanda kejayaan. Bagi pemenang keseluruhan antara rumah mereka mendapat trofi sebagai tanda kejayaan ianya jatuh kepada rumah Hijau. Tahniah di ucapakan kepada rumah Hijau.
Antara aktiviti sukan yang dipertandingkan ialah lompat jauh, lari berganti-ganti, bola sepak, bola jaring, pingpong dan badminton. Ditambahkan juga dengan satu aktiviti tambahan keceriaan antara rumah-rumah. Setiap rumah diberi satu kanopi untuk menghias dan setiap rumah perlu menyediakan sepanduk. Keceriaan, kebersihan dan kekemasan akan dinilai.
Bagi pemenang-pemenang dalam acara sukan, pelajar akan mendapat medal sebagai tanda kejayaan. Bagi pemenang keseluruhan antara rumah mereka mendapat trofi sebagai tanda kejayaan ianya jatuh kepada rumah Hijau. Tahniah di ucapakan kepada rumah Hijau.
Pelajar-pelajar berkumpul di hadapan sekolah dan membuat persiapan.
Berbaris di padang sekolah dengan sepanduk masing-masing.
Perasmian dan ucapan dari pengetua sekolah, En. Abd. Latif dan pengerusi sekolah Ust. Saiful Bahri sebelum memulakan aktiviti sukan.
Lompat jauh.
Larian.
Rehat dan menunggu acara penutup.
Pemenang-pemenang dari rumah masing-masing
Penyampaian hadiah. Rumah Hijau adalah pemenang keseluruhan sukan antara rumah-rumah.
Subscribe to:
Posts (Atom)




















