MAKLUMAT PENTING

FACEBOOK RASMI SEKOLAH

Terima kasih saudari Wan Asma'

|

PINANG MERAH 11 Mac : SMIDB dan semua kakitangannya ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada bekas kakitangan SMIDB Saudari Wan Asma yang telah menamatkan perkhidmatannya pada penghujung Mac yang lepas.

Beliau telah mula berkhidmat pada awal tahun 2011 dan sepanjang perkhidmatannya, banyak sumbangan dan idea yang dicurahkan selaku Kerani SMIDB.Semoga Allah membalas jasa dan bakti pada sekolah dengan pahala yang berlipat ganda.

Read More !

Tahniah Aswadi dan Khalida

|



JALAN SERINDIT, PAKA 9 Mac : Kami staf dan kakitangan SMIDB mengucapkan "alfun mubarak" buat pengantin Darul Bayan, iaitu saudara Wan Aswadi b Che Abdullah dan pasangannya saudari Khalida bt Khalid.Kedua-dua mereka adalah staff Sek Rendah Islam Darul Bayan, Paka.

Mereka telah selamat dijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri, kami mendoakan sepertimana yang di ajar oleh nabi SAW ;



Read More !

Usrah bulanan Staf dan Kakitangan Darul Bayan

|

PINANG MERAH 31 Mac : Usrah bulanan bersama Naqib Darul Bayan, al Fadhil Yang Berbahagia Ustaz Saiful Bahari berjalan seperti biasa. Usrah ini menghimpunkan semua staff dan kakitangan yang berkhidmat dengan Darul Bayan.






Kakitangan dan staf akan disuntik semangat baru setiap bulan dengan pertemuan yang bermakna ini. Antara objektif utama usrah adalah memperkuatkan ukhuwwah dan tali persaudaraan Islam disamping dapat bertemu sesama staff yang berkhidmat dipelbagai jabatan-jabatan di Darul Bayan ini.





Read More !

Suasana pelajar SMIDB mengikuti OTI 1 / Ujian Penilaian 1

|



PINANG MERAH 7 Mac : Pelajar selesai menjalani sesi OTI yang pertama dengan jayanya.Pihak sekolah mengharapkan supaya ujian pertama ini menjadi titik tolak kepada perkembangan pelajar kearah membina kecemerlangan di SMIDB.

Kami para guru dan pendidik di SMIDB sentiasa mendoakan kecemerlangan pelajar. Semoga kecemerlangan akedemik seiring dengan akhlak dan syakhsiah muslim .Insha Allah.


Pelajar tekun menjawab soalan








Pengetua, Yg Berbahagia Cikgu Latif memberika sokongan moral kepada pelajar untuk menjawab soalan.

Teruskan membina kecemerlangan dan kejayaan kalian di SMIDB

Read More !

Daurah Bahasa Arab Musim Ke-3

|


Read More !