MAKLUMAT PENTING

FACEBOOK RASMI SEKOLAH

Kem Jejak Huffaz siri I

|
KG PINANG MERAH 26 Mei : Pihak SMIDB telah berjaya menganjurkan kem Jejak Huffaz siri I bagi semua pelajar lelaki dan perempuan yang terlibat dalam hafalan al Quran . Mereka dari aliran Akademik Tahfiz dan Tahfiz Sepenuh Masa .

Kem ini bermula dari 26 Mei dan berakhir pada 6 Jun 2011 yang memakan masa cuti pertengahan tahun mereka. Walaupun mereka terpaksa mengambil sebahagian dari cuti mereka, namun kem ini telah berjaya diadakan dengan sempurna.


Kem ini mengetengahkan beberapa akitiviti bagi mengasah dan memantapkan kekuatan hafazan mereka. Sepanjang kem ini, para guru yang terlibat dengan aliran tahfiz memberikan bimbingan khusus kepada mereka semua , disamping ada juga guru jemputan dari luar bagi mengisi slot-slot yang tertentu.

Kem ini bermatlamatkan kepada pemantapan dan pensegaran kepada hafazan mereka yang bermula dari awal tahun sehingga bulan Mei 2011.Mereka di motivasikan dengan aktiviti yang membangkitkan semangat untuk meningkatkan lagi kualiti hafazan mereka.

Pihak SMIDB mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan pihak berkaitan yang terlibat menjayakan program Kem Jejak Huffaz Siri I SMIDB 2011.

No comments:

Post a Comment