MAKLUMAT PENTING

FACEBOOK RASMI SEKOLAH

Majlis IHTIFAL SMIDB sesi 2013

|
 
SABTU

18 JANUARI 2014

8.30 PAGI-1.00 T/HARI
DEWAN TERBUKA SMIDB

 
Majlis IHTIFAL Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB) bagi sesi 2013 ini,
merupakan program tahunan Sekolah Menengah Islam Darul Bayan. Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan hadiah dan anugerah kepada para pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan sepanjang tahun. Selain itu juga anugerah tokoh pelajar turut diberikan bagi pelajar yang berjaya dalam Akademik, Al-Quran dan Akhlak secara keseluruhan.

OBJEKTIF
Memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

RASIONAL
· Menjadi perangsang kepada pelajar supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran.
· Menimbulkan rasa minat di kalangan pelajar untuk terus cemerlang dan berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum.

MATLAMAT
· Melahirkan pelajar yang cemerlang, berkualiti dan berwawasan.
· Mempertingkatkan amalan mencintai ilmu dalam diri pelajar.
· Melahirkan pelajar yang mempunyai semangat juang yang tinggi untuk cemerlang dalam Akademik, Al-Quran dan Akhlak.
Senarai nama pelajar yang Berjaya memperoleh kejayaan yang cemerlang
pada sesi 2013 yang lepas:

 
PENCAPAIAN TERBAIK SETIAP ALIRAN:
ALIRAN AKADEMIK TAHFIZ : Danial Hakim Mohd Tohar
ALIRAN AKADEMIK SYARIAH : Nurul Shuhadah Bt Md Yahya
ALIRAN TAHFIZ SEPENUH MASA : Anas B. Mohd Tajudin
 
ANUGERAH KECEMERLANGAN SMU:
 
ANUGERAH TOKOH AL-HAFIZ (hafal 30 Juzuk AQ):
Muhammad Hafidz B  Mohd Rofi
 
TOKOH MITHALI TAHUN 2013:
Muhammad Amirul Fahmi bin Shafei
Tasneem Hanani binti Badrul Jamili

 
Antara gambar yang boleh dikongsikan sepanjang berlangsungnya Majlis ini;

Pengerusi Majlis: Cikgu Noor Mohd Jamalluddin bin Jusoh
 
Sebahagian daripada ibubapa & pelajar yang meraikan majlis ini.
 
Tetamu VIP: YB Adun Paka, Ustaz Saiful Bahri bin Mamat (Pengasas Darul Bayan)
 
 Anugerah tokoh Al-Hafiz 2013
 
Anugerah Tokoh Mithali (Muslimin) 2013
 
Anugerah Tokoh Mithali (Muslimat) sesi 2013

No comments:

Post a Comment